Friday, January 14, 2011

Memang banyak aktiviti walau pun saya uzur........

Assalamualaikum w t w:

Saya tergerak untuk menyambung celoteh saya semalam yang agak tergendala disebabkan masa yang tidak mengizinkan. Sudah hampir maghrib, dan tiba waktu untuk saya makan malam ( semenjak mengidap angin gastrik, perut tidak boleh kosong, perlu diisi walau pun sedikit, kalau tidak gas/angin masam akan naik ke tenggorok....dan seterusnya lendir pekat akan naik ke tenggorok dan menghalang bahan makanan dari masuk ke dalam perut....inilah masalah saya sekarang ini).

Sungguh pun saya belum betul-betul sehat dari penyakit angin gastrik ( influx) ini tetapi saya gagahi juga untuk terus aktif dalam NGO, persatuan dan kebajikan. Walau pun kadang-kadang terasa letih, lemah dan kurang bermaya, namun say pendamkan buat seketika untuk menentukan agar kesihatan saya akan terus terjamin `fit' dan sehat: tak mahu melepet tak bermaya..................Itulah azam saya. Walaubagaimana pun beberapa aktiviti rutin saya agak terhad, antaranya;

1. Joging di sebelah pagi pada setiap hari telah tergendala: sudah hampir 5 bulan tidak melakukannya kerana masih kurang bermaya
2. Tidak dibolehkan buat sementara memakan makanan sesuka hati: kena pilih makanan tidak pedas dan tidak masam serta berminyak, makanan keras dan berlemak: OKlah terpaksa ikut untuk menentukan kesihatan pulih seperti sedia kala.
3. Rutin makan ubat dan makanan suplimen saperti madu asli, jus tamar, susu kambing asli, gamogen dan lain-lain : kekadang agak merimaskan kerana terlalu banyak yang hendak ditelan, sedangkan makana terhad, perut penuh ubat......OK ke?....
4. Yang paling sedih; tidak dapat ke surau solat Subuh kerana setiap pagi terpaksa menelan beberapa ubat dan supplimen ( sebenarnya masih boleh kalau bangun awal jam 4.50 pagi ) tetapi nak berjalan ke surau rasa kurang berdaya dan sangat sejuk.
5. Berat badan saya menurun dari 73 kg sehingga 59 kg di kemuncak saya tidak dapat makan ( selepas Hari Raya): tapi sekarang ini sudah agak bertambah kepada 62 kg.
6. Semenjak berat badan susut dan kelihatan kurus melidi, badan terasa sangat sejuk; kalau ke surau terpaksa memakai baju panas tebal agar tidak menggigil bahana aircon surau yang sejuk itu.
7. Sentiasa berhati-hati apabila handak menjamah makanan, terutamanya sewaktu menghadiri kenduri kendara yang begitu banyak menghidangkan makana dan menu yang pedas dan menarik ( kebanyakannya makanan kesukaan saya semasa sehat )- Habih camno?......Isteri saya memberi komen: ` nikmat makanan telah ditarik balik oleh Allah s w t.....' Yalah agaknya, tapi saya tetap berdoa agar dapat keampunan dan kembali kepada keadaan sedia kala......Insyaallah...Amin.......
8. Sentiasa dan masih tercari-cari apakah ubat yang mujarab untuk mengubati penyakit `influx' saya ini. Saya terbaca di internet ` epal cedar' ( cuka epal ) menjadi ubat kepada penyakit ini: saya belum cuba lagi, tapi insyallah selepas ini akan mencuba.
9. Saya juga dinasihatkan oleh Ustaz Darul Shifak supaya jangan melakukan kerja-kerja berat; mengangkat barang 5 kg pun kalau boleh cuba elakkan; kerana ia akan melibatkan paru-paru/pernafasan.......
( Huh banyak sekali kekangan dan tegahan khususnya aktiviti fizikal dan bahan makanan yang tidak patut ditelan......)Tapi tak apalah, saya cuba...........

Walaubagaimana pun seperti yang saya katakan, saya meneruskan akan aktiviti saya saperti biasa terutamanya aktiviti yang berkaitan dengan Ngo dan kebajikan, saperti:

1. Terus aktif dalam PSM CNS: menjadi Ketua Pengarang Kehormat dan menerbitkan 4 jenis penerbitan:
1.1: Buletin Jendela WARISAN ( 2 x setahun )
1.2: Jurnal WARISAN ( 1 xsetahun ): terbaru Bk.27 akan terbit pada akhir Januari 2011
1.3: Menerbitkan CD Jurnal WARISAN Bk.1-25: akan terbit pada Mac 2011, Insyaallah.
1.4: Menerbitkan Buletin PBPPPM DS ( 2 x setahun ) - Buletin PBPPPM DS bekerjasama dengan Hj Abu Bakar Hasan sebagai ketua pengarangnya.

2. Meneruskan tugas sebagai SU AJK Surau Al Mu`allimin, TGM
3. Meneruskan tugas sebagai SU AJK UMNO CTGM
4. Meneruskan tugas sebagai AJK PBPPPM DS: Pengarang/wartawan khas Buletin PBPPPM DS dan penulis khasnya.
5. Baru menjadi ahli kepada Persatuan Bekas Pegawai Kerajaan NS
6. Meneruskan sebagai AJK Jabatan Kebudayaan & Kesenian NS mewakili PSM CNS.
7. Meneruskan dan aktif sebagai ahli Persatuan Warga Emas Klinik Kesihatan Ampangan Seremban.
8. Mewakili PSM CNS dalam seminar dan perbincangan dengan agensi-agensi lain seperti Arkib, Perpustakaan, PSM Kawasan-kawasan dll.
9. Menghadiri jemputan PSM Pusat menjalankan aktiviti di luar saperti di JB dan KL serta Melaka.

Itulah antaranya setakat ini...........

No comments:

Post a Comment