Wednesday, December 30, 2009

Pesara yang merana..................

Sudah lama saya tidak membuat coretan. Kali ini tergerak untuk membuat sedikit luahan hati, bukan kerana susah hati atau sebagainya tetapi disebabkan oleh kerana kekesalan hati ini terhadap para petugas yang berkaitan dengan organisani pencen dan wang simpanan di kwsp/epf. Kesahnya begini:

Saya sebenarnya telah pun hampir lima tahun bersara: mulai 20/04/05.Sebauik saya bersara saya telah dimaklumkan oleh KWSp untuk membuat tuntutan caruman yang telah saya carum di KWSP. Saya pun tidak tahu tetapi telah dimaklumkan dalam surat makluman itu sebanyak l/k 151,000.00 Petugas di kaunter KWSP di Jln Raja Laut sekadar menyatakan kepada saya `` Tuan Haji menjadi orang kaya pada hari ini.....'' itu je tanpa menyatakan sesuatu yang akhirnya menyakitkan hati saya setelah 5 tahun bersara. Wang sejumlah itu sebenarnya bukan sahaja caruman peribadi saya tetapi sebenarnya termasuk wang caruman/syer kerajaan yang perlu dipulangkan semula setelah kita pencen. Wang yang perlu kita ambil hanyalah wang caruman peribadi sahaja - wang caruman kerajaan dipulabgkan semula ke KWAP( Kumpulan wang amanah pencen). Satu minggu setelah saya membuat tuntutan dengan mengisi borang di Pejabat KWSP Jln Raja Laut saya mendapat cek berjumlah saperti di atas. Memang tersenyum lebar......dan terus dibank in dalam akaun saya. Nak kata enjoy selepas itu atau tidak taklah sampai enjoy sakan...cuma adalah berbelanja sedikit dengan menukar kereta baru dan beli sekeping tanah di kampung, itu pun kerana nak tolong adik yang sedang kesempitan wang untuk membeli rumah di JB. Semasa pencen memaqng saya dapat juga banyak wang kerana saya menabung dalam ASN dengan pinjaman bank yang hampir mencecah RM90,000.00 juga, LUTH, grituiti dan golden handshake pun ada juga.
Walaubagaimana pun setelah hampir 5 tahun bersara dengan keadaan kewangan yang agak selesa saya dikejutkan dengan makluman dari KWSP yang menyatakan saya berhutang dengan kerajaan sebanyak RM85,500.00 kerana semasa saya mengeluarkan wang caruman KWSP wang itu diberikan kepada saya yang sepatutnya ditolak dahulu dari jumlah RM151,000.00 yang saya perolehi. Saya faham duit itu bukan duit saya, say perlu memulangkan kepada kerajaan/KWAP. Tetapi saya berasa sangat kesal atas `kebodohan dan kecuaian'' para petugas di KWSP yang tidak menyatakan kepada saya bahawa sebahagian wang itu bukan hak saya. Sepatutnya mereka lebih arif: kita yang menerima ini manalah tahu itu semua, almaklumlah duit siapa yang tak hendak, tetapi kalau macam ini ` menganiaya orang namanya''Hai makan gaji buta betul...nanti marah pulak, tetapi lebih kurang macam itulah rupa para petugas di KWSP itu.
Seperkara lagi saya juga mungkin marah juga kepada Bahagian pencen di JPA yang sepatutnya menyemak akaun pegawai yang hendak pencen: sesiapa yang masih ada hutang dengan kerajaan wang pencen tidak boleh dikeluarkan/diberikan. Masaalahnya saya sudah dapat pencen hampir 5 tahun? Mana silapnya? Bagi saya Bahagian Pencen JPA pun sama-sama ``cuai'' dan lepas tangan. Bila saya tanya mengapa perkara ini berlaku? Dia kata salah KWSP, pada hal JPA pun berak merata-rata juga, tak mengaku!!!!... Sekarang siapa susah? Saya juga susah memikirkan camana nak pulangkan duit sebanyak itu. Kalau mula-mula pencen dulu duit itu masih ada, boleh juga pejam mata pulangkan semula selepuk sekali, tak apa, masih ada duit. Masa ini dah bersepah-sepah, bekasnya pun dah tak nampak?...... Habis camne? Inilah kerja para pegawai di sektor kerajaan atau pun swasta hari ini...kerja menyusahkan orang sahaja. Bila kita tanya, `` tersilap takkan tak boleh maaf.....'' itu je ke jawapannya? Orang bangang pun boleh jawab.......
Saya sedang menulis surat kepada pegawai-pegawai atasan di KWSP dan JPA, salinan kepada Biro Pengaduan Awam serta CUEPACS untuk makluman dan tindakan. Bukan saya tak mahu pulangkan....saya akan berusaha untuk memulangkan, tetapi hendaklah fare and square.....Bah Pencen JPA dan KWSP juga perlu bertanggungjawab atas kecuaian para pegawainya. Cara mana hukumannya? saya tidak tahu. Mungkin dengan menyedapkan hati saya dengan discount atau sebagainya...tetapi yang penting ada win win solution.... dan saya akan mengembalikan wang tersebut mengikut kemampuan saya.....Janganlah sampai ditahan pencen saya kerana saya masih hidup masih memerlukan makan minum dan pakai serta keperluan rumahtangga, ada tanggungjawab anak isteri dan ibu tua yang saya tanggung. DUa orang anak saya masih menuntut di varsiti, isteri saya memerlukan rawatan penyakit kansernya,ibu tua di kampong juga memerlukan perbelanjaan harian/bulanan disamping keperluan sosial seharian. Kos sara hidup juga semakin mencengkam.....Seandainya ditahan pencen saya....memang sangat zalim betul JPS Bahagian Pencen.....Tidak berhati perut dan Patut dipancong saja.............. Sekian dahulu, jumpa lagi.

Saturday, November 7, 2009

Lawatan PBPPPDS Ke Terengganu & Kelantan

Assalamualaikum w t w.

Sudah lama agak tidak membuat coretan iaitu semenjak Hari Raya Idilfitri yang lepas. Khalayak yang sudah bergelar WUE sebenarnya memerlukan lebih banyak rehat dan beridah secara berkala agar kesihatan sentiasa dalam keadaan sehat, ceria dan bertenaga. Jangan terperok sahaja di rumah selepas pencen...`` nanti cepat mati...'' kata Dr Fadilah Kamsah dalam ceramahnya.

Sehubungan dengan itu maka pada 3 - 5 November yang lepas seramai 38 ahli PBPPP Daerah Seremban telah mengadakan kunjungan santai ke pantai timur ( Terengganu & Kelantan ) untuk berlibur secara santai. Masing-masing dengan pasangan kecualinya beberapa rakan yang tidak membawa bersama pasangan oleh sebab-sebab tertentu atau pun memang dah bergelar ` ibu tunggal' atau ` bapa tunggal'. Walaubagaimana pun di saat-saat akhir salah seorang peserta iaitu Hajah Zaini Omar telah tidak dapat menyertai rombongan ini disebabkan beliau terlibat dengan kemalangan kecil semasa berjoging 2 hari sebelum itu dan dimasukkan ke ` Senawang Medical Specialist Centre' akibat pendarahan dan luka di kepala. Oleh itu hanya 37 orang sahaja yang ikut serta.

Kami bertolak dengan menaiki bas persiaran dari Taman Guru Melayu ( di hadapan surau Al Mu`allimin) seawal jam 5.30 pagi kerana pehak urusetia telah mengarahkan agar bas bertolak tepat jam 6.30 pagi. Kepada para peserta yang tinggal jauh saperti di Nilai dan Kuala Pilah sebaik-baiknya perlu bersolat Subuh di Taman Guru Melayu. Walaubagaimana pun, kita merancang, Allah s w t yang menentukannya. Bas hanya tiba pada jam 6.50 pagi dan kami bertolak pada jam 7.10 pagi. Pada peringkat awalnya bas akan pergi ke Terengganu melalui K.Pilah dan terus ke lebuhraya Keratong, tetapi dimaklumkan bahawa jalan tersebut masih ditutup akibat tanah runtuh di sebahagian jalan berhampiran Felda Chini. Oleh itu digunakan pilihan kedua ( Plan B) dengan pergi melalui Lebuhraya Seremban-KL dan Lebuhraya KL-Kuantan. Tetapi oleh kerana waktu bertolak sudah agak lewat, dan dijangkakan laluan LRR2 di lingkaran luar KL waktu itu sesak teruk, maka kami akhirnya memilih Plan C iaitu dengan melalui jalan Jelebu-Titi terus ke Karak dan menyambung perjalanan ke Lebuhraya KL-Kuantan.

Destinasi pertama kami di Terengganu ialah Tasek Kenyir. Oleh itu untuk untuk mempercepatkan perjalanan kami masuk ke Lebuhraya Jeranggau-Jabor ( laluan sebelah dalam ). Jam 1.00 tengahari kami berhenti rehat di R&R Al Muaktafi Billah untuk makan tengahari dan Solat Zohor-Asar jamak & kasar. Kami meneruskan perjalanan ke Tasik Kenyir dalam keadaan ceria dan excited untuk melihat Tasik Kenyir yang terkenal itu.

Kami tiba di jeti Tasik Kenyir pada jam 3.40 petang dan terus menaiki 5 buah boat laju ( 8 orang bagi setiap boat ). Pada masa itu hujan renyai-renyai sudah mulai turun. Walaubagaimana pun keadaan sekitar tasik masih lagi kelihatan cerah dan nyaman. Subhanallah..... memang menarik sekali pemandangan dilihat dari atas boat kearah daratan dan pulau-pulau yang berserakan di tasik tersebut. Tasik ini sememangnya sangat luas dengan dipenuhi oleh pulau yang menghijau dengan tumbuhan hutan dara. Semua pulau-pulau tersebut sebenarnya sebelum terbinanya tasik ini ialah kemuncak bukit dan gunung yang telah ditenggelami air setelah paras air naik akibat dari pembinaan empangan Kenyir. Boat kami terpaksa menyusuri laluan yang dalam kerana masih terdapat begitu banyak tunggul kayu dan puncak pokok yang mati tenggelam di dasar tasik. Seandainya boat dikemudi oleh orang yang tidak mahir dengan selok belok kedalaman air berkemungkinan kipas boat akan tersangkut kepada dahan pokok yang begitu banyak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Rombongan kami terus dibawa ke kawasan rekriaksi Air Terjun Lasir. Sedia di kawasan ini adalah sekumpulan lebih dari 40 orang para pelajar yang baru selesai mengambil peperiksaan PMR 2009 yang baru lepas. Para pelajar ini terdiri dari pelajar laki-laki dan perempuan dari SMK Marang, Terengganu dan ditaja oleh JPN Terengganu. Mereka mengadakan sessi perkhemahan di kawasan ini selama 3 hari 2 malam. Selain mengadakan sessi perkhemahan dan aktiviti lasak saperti jungle tracking mereka juga merasa tinggal di atas rumah rakit yang disewa khas. Memang dapat dilihat dengan jelas akan keseronokan mereka itu berkelah dan mandi-mandi sambil memancing serta melakukan aktiviti perkhemahan.

Kami juga yang terdiri dari WUE yang sudah lanjut usia tidak ketinggalan untuk menerokai sebahagian dari kawasan air terjun tersebut. Memanjat tangga dan menyelusuri tracking turun naik tangga yang disediakan, sejauh hampir 2 km pergi balik ( menggantikan joging waktu pagi ). Kepada sesiapa yang menghidap sakit lutut atau kaki memang tidak terdaya untuk turut serta....nongok jolah ateh boat....

Oklah mohon rehat dulu nanti sambung semula......ada hal.....

Saturday, October 10, 2009

Selepas Ramadhan...... Syawal menjelma.....

Asalamualaikum w t w:

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan `Selamat Hari Raya Idil Fitri 1430 H/2009 M -Maaf Zahir Batin' kepada semua pelawat yang singgah di Blogspot saya ini. Ramadhan telah dilalui dengan seribu kenangan manfaat dan rahmat dari kebesaran Allah s w t. yang telah menganugerahkan adanya Bulan ynag dinamakan Bulan Ramadhan yang begitu banyak keistimewaannya. Bagi diri saya, alhamdullillah saya berada dalam keadaan sehat wal afiat di sepanjang berada di bulan Ramadhan al Mubarrak itu....dan mengikut pengamatan saya terdapat peningkatan akan kerja amal dan ibadah yang telah saya lakukan di sepanjang bulan tersebut. Walaubagaimana pun sebagai manusia biasa yang tidak sunyi dari kekurangan, memang diakui akan adanya syaitan dan iblis yang menyelinap di sekitar walau pun pintu neraka ditutup dan semua shaitan iblis dibelenggu....Terserah kepada yang maha esa......

Disepanjang syawal, saperti biasa, sambutan Hari Raya memang disambut sederhana sahaja - yang meriahnya kerana keluarga saya telah bertambah dengan kehadiran dua orang menantu ( seorang menantu laki-laki dan seorang menantu perempuan) di malam hari raya pertama. Saperti tahun-tahun lepas malam raya dipenuhi dengan aktiviti Takbir rumah ke rumah - kumpulan saya dengan keahlian 9 buah rumah tetapi terdiri dari lebih 30 anggota termasuk kanak-kanak ( yang kebiasaannya sama hadir dari awal hingga akhir untuk mengutip duit raya...tak apalah setahun sekali). Hidangan juadah raya memang terhidang di setiap rumah yang disinggahi. Bilangan peserta tahun ini agak berkurangan kerana terdapat beberapa orang rakan yang tidak ikut serta kerana balik kampung atau pun dalam keuzuran ( Hj Abd.Rahman Manap yang berhari raya di hosital akibat rawatan kencing manis )dll. Tradisi bagi rumah saya pada setiap tahun semenjak 20 tahun lepas ialah hidangan `sup tulang lembu istimewa' yang saya sediakan sendiri. Hampir 8 kg. tulang saya beli di Pasar Ampangan - harganya pun ok hanya RM15.00/kg. jika dibanding dengan tempat lain sehingga RM17.00/kg. Begitu juga dengan ketupat daun kelapa yang dianyam oleh isteri dan anak saya ( daun kelapa saya ambil sendiri dengan memanjat pohon kelapa di belakang rumah yang saya tanam sediri -semuanya ada 5 batang ) - juga menu ` puding karamel' resepi isteri saya yang sememangnya menjadi idaman mereka yang datang ke rumah saya, dan juga `kek kukus buah' juga resepi isteri saya yang diperolehi menerusi Emak Saudara Allahyarham Norati yang sememangnya sedap - buat masa ini telah diperturunkan pula kepada anak-anak saya iaitu Angah, Nurul dan Naim. Pada hari raya tahun ini agak kurang tempahan dari rakan-rakan kerana isteri saya tidak berdaya untuk membuat kek kukus tersebut kerana baru sahaja menjalani operasion perut menjelang puasa. Oleh itu tempahan kek kukus hanya diseduakan oleh Angah dan Nurul sahaja - sekitar 20 tempahan sahaja. Pada tahun-tahun lepas semasa isteri saya masih sehat, tempahan sehingga menceceha lebih 50 buah. Sebuah kek kukus dijual dengan harga RM50.00 seberat l/k 1.7kg. OK tak? Rasanya murah tu kerana terpaksa mengukus selama 4 jam selepas diadun.

Kelainan pada tahun ini - saya balik ke kampung di Pontian Johor hanya seorang diri sahaja. Mengapa? Isteri saya tidak ikut bersama kerana tidak boleh duduk lama dalam kereta ( masih belum sehat), anak-anak juga tidak ada yang ikut serta kerana yang sudah berumah tangga ziarah ke rumah mertua masing-masing sementara yang kecil sekali Nurul, menjaga emaknya di rumah. So sya pun seorang2 driving - tidak singgah beraya di Batu Pahat saperti tahun-tahun lepas kerana rasa kurang selesa datang ke rumah beraya seorang2 sahaja. Bertolak jam 3.30 petang dan tiba di rumah di Pontian jam 6.45 petang dengan berehat solat Asar di R&R Sedenak l/k/ 1/2 jam. Malam itu berkumpul semua adik-adik dengan anak, menantu dan cucu-cucu ( yang ada cucu) dan menantu kecuali saya. Makan ikan bakar dan ketupat....memang meriah dan seronok..Begitulah keadaannya pada setiap tahun Hari Raya pertama.

Tidak banyak rumah yang saya lawati pada raya tahun ini di kampung. Selain dari ziarah kubur arwah ayahanda saya, bertahlil beramai-ramai adik beradik, lantas ke rumah emak saudara tertua ( Hjh Saminah) dan rumah terbuka sepupu Hjh Saadiah di rumah anaknya Ana. Satu kelainan pada tahun ini apabila rombongan Lima Kedai terdiri dari anak cucu dan cicit Bibik Sibeng seramai hampir 70 orang tiba serentak dengan uniform bewarna oren - lantas berselawat beramai-ramai sebelum menikmati jamuan hari raya... Oh sungguh meriah... Kaulah jenerasi yang sepatutnya dipuji. Sila lawati laman web: www.seebeng.com.my untuk maklumat lanjut.

Lepas tu terus balik berehat. Di sebelah malamnya ke rumah Paman Pangat berjumpa emak2 saudara yang berkumpul di sana ( Bibik Pon, Bibik Tom, Manisah dan lain-lainya) Bibik Sibeng dah berjumpa di rumah Ana. Pada tahun ini saya tidak pergi ziarah ke rumah emak2 saudara di JB kerana keseorangan - dah mohon kemaafan dan telah menyerahkan cenderamata kain batek dan pelikat semasa berjumpa mereka di kampung - satu tradisi saya pada setiap tahun. Memang agak berlaina sedikit pada tahun ini, agak kurang ceria juga.

Saya menghabiskan masa selama 3 hari di kampung. Sempat ziarah Abang Sepupu Abang Subuh yang sentiasa dalam keresahan setelah ditinggalkan kematian isterinya 2 tahun yang lalu. Juga sempat ziarah kawan lama Hj Miad Anwar yang sedang sebuk menjaga cucu dan menunggu kelahiran cucu kedua pada Oktober ini. Pagi hari berikutnya saya balik ke Seremban dan tiba di rumah jam 3.30 petang.

Pada tahun ini saya juga tidak banyak ziarah di Seremban kerana isteri saya yang belum sehat betul........

Monday, October 5, 2009

Thursday, September 24, 2009

Sunday, September 13, 2009

Ramadhan Sepatutnya Riang dan Bersyukur......

Bertemu kembali setelah sekian lama tidak ada sebarang coretan. Sebaik sahaja selepas selesai saya mengadakan kenduri perkahwinan 2 orang anak saya ( Angah dan Alang ) ada sahaja dugaan yang saya hadapi. Saya pasrah kepada Allah s w t. sebagai seorang hambanya yang lemah. Walau bagaimana pun sebagai seorang manusia biasa saya tidak sunyi daripada perasnaan dan kemelut dalam hati norani yang mengelodak akibat daripada peristiwa-peristiwa yang saya lalui dan tempohi. Mungkin ianya sesuatu yang manis apatah lagi jika sekiranya ianya sesuatu yang masam, kelat pekat atau pun hitam yang sudah barang tentu amat menyakitkan.
Saya masih bersyukur kerana kesihatan saya dan keluarga terus berada dalam keadaan yang baik. Cumanya sedikit juga dugaan Allah s w t kepada isteri saya, Rahimi yang mengalami keadaan kronik akibat dari masalah dalam perutnya yang perlu menjalani pembedahan. Sebaik sahaja selesai kenduri kahwin anak-anak saya( 3 hari selepas itu), beliau merasa tidak sehat: sentiasa sakit perut dan badan merasa lemah-lemah. Pada hari Sabtu ( seminggu setelah kenduri kahwin pada 8/8/09) beliau bertemu Pakar Bedah usus Dr.Razman dari UKM di Al Islam Specialist Centre Kg Baru KL - Hasilnya dua hari selepas itu ( hari mbantai - menjelang satu hari sebelum puasa Ramadhan ) beliau menjalani pembedahan perut buat kali kedua dalam masa kurang setahun: satu pembedahan untuk membuang pundi hempedu yang mengandungi batu, dan keduanya memperbetulkan usus yang bercantum.
Pada peringkat awal beliau bercadang untuk membuat pembedahan selepas Hari Raya nanti, tetapi disebabkan oleh desakan anak keempat (Kak Chik) SS Natrah yang kembali belajar di luar negeri pada minggu kedua puasa, dan azam beliau untuk menjaga emaknya di hospital, maka beliau telah menjalani pembedahan itu walau pun hampir bulan Ramadhan. Sememangnya pun selama emaknya 5 hari wad SS Natrahlah yang menjaga siang malam walau pun pada bulan puasa. Secara kebetulan pula beliau mendapat tempat di bilik single, dan ini menjadikan selesa untuk dikongsi bersama oleh penjaga ( anak2 atau suami ). Pembedahan membuang batu dan pundi hempedu menerusi pembedahan terbuka ( open surgery) dan membetulkan usus yang melekat menerusi endoskopik ( cucuk ). Keduanya dijalankan pada satu masa yang sama. Dibius seluruh badan, dan sepatutnya hanya mengambil masa 1 jam tetapi entah bagaimana menjadi 3 jam kerana semasa membetulkan usus yang melekat terturis pula usus lain dan bocor. Oleh itu proses memperbetulkan dan menjahit semula usus yang bocor itu mengambil masa yang lama. Hanya 3 jam selepas pembedahan beliau sedar dari bius dan selama tiga hari tidak dibenarkan memakan makanan pepejal. Beliau berada di wad ealama 4 hari - dan sesuatu yang manyakitkan kerana sehingga sekarang ini kesan masih dirasai: tidak boleh membuat kerja berat, duduk terlama lama dan memakan lemak dan makan makanan dalam kuantiti yang banyak. Keputusannya" hari raya ini pun nampaknya beliau tidak dapat balik kampung saya di Johor saperti biasa kerana tidak boleh duduk lama dalam kereta. Tak apalah, itu bukanlah persoalannya.......... Insyaallah dipohon sehat agar berjumpa keluarga di Johor pada masa-masa lain yang bukan hari Raya. Kos keseluruhan pembedahan termasuk ubatan, konsaltasi, sewa bilik dan pembedahan oleh pakar ialah RM10,300.00: bagi saya satu kadar yang munasabah memandangkan servis yang memuaskan. Anggaran asal ialah RM14,000.00 untuk kedua pembedahan tersebut.
Oleh itu Ramadhan ini suasana di rumah memamngnya sayu dan agak senyap sahaja kerana selain dari keadaan kesihatan isteri saya yang tidak mengizinkan untuk bergerak cergas, dua orang anak saya telah juga berumah tangga. Oleh itu kami hanya tinggal bertiga: saya, isteri dan anak bongsu saya yang secara kebetulan duduk bersama kerana beliau bekerja sementara di Seremban ini juga. Hanya pada hujung minggu mereka semua balik berkumpul bersama: tambah 2 lagi keluarga iaitu dua menantu laki-laki dan perempuan. Cucu belum ada lagi.... oleh itu suasana rumah memang senyap........
Hari ini sudah hari 23 Ramadhan hanya tinggal seminggu lagi Hari Raya, tetapi saya merasakan saperti biasa sahaja: cumanya setiap malam 10 malam terakhir ini saya bangun jam 4.00 pagi untuk Kiamullaill saperti tahun-tahun lepas juga. Cumanya tahun ini saya terpaksa tidur siang hari sebaik sahaja selesai solat subuh, berzikir panjang dan mendengar berita tv jam 7.00 pagi. Kebiasaannya pada hari bukan puasa saya berjoging keliling taman ini sehingga 8.30 pagi baru sarapan pada jam 9.00 pagi.
Untuk Hari Raya saya tidak ada apa-apa persediaan. Hanya menyediakan dan mengendalikan aktiviti surau di sepanjang Bulan Ramadhan antaranya: mengatur solat sunat Tarawikh di kalangan Imam dan Imam Pembantu; pungutan derma Ramadhan ( derma pentadbiran, tahlil arwah, moreh dan lain-lain); tadarus alQuran, majlis berbuka puasa beramai-ramai di surau oleh BPPPPDS dan juga sempena Majlis Khatam Quran pada 16/09/09; menyediakan hadiah ( kain batik dan pelekat) kepada peserta tadarus dan AJK Surau dan akhirnya mengendalikan Solat Sunat Idil Fitri. Tidak kurang juga mentandbirkan permohonan sedekah dan derma Ramadhan kepada badan-badan tertentu, individu dan jabatan-jabatan tertentu untuk menampong perbelanjaan di sepanjang Bulan Ramadhan ini. Itulah yang menjadikan saya agak sedikit sebok pada Ramadhan ini: dan ianya sememangnya saya lakukan pada setiap tahun di Bulan Ramadhan saperti ini selaku setiausaha surau Al Mu`allimin Taman Guru Melayu.
Walaubagaimana pun diucapkan selamat Hari Raya Idilfitri Maaf Zahir batin kepada semua.............................Didoakan agar sentiasa sehat sejahtera dan berjumpa lagi pada Ramadhan akan datang.................

Thursday, August 20, 2009

Ya Allah ya TuhanKu...Ringankanlah penderitaan isteriku..

Semalam, 20/08/09 jam 3.00 ptg bertempat di Al Islam Medical Centre Kg Baru KL isteriku Rahimi Mustajab telah menjalani pembedahan perut. Pembedahan kali kedua dalam jarak masa yang sangat singkat - tidak sampai 10 bulan dari pembedahan pertama yang dilakukan pada awal Januari lepas. Pembedahan kali ke 2 ini adalah disebabkan oleh komplikasi usus ( henia ) dan dalam masa yang sama ada betu dalam pundi hempedu. Kedua-dua kes ini cuba diselesaikan serentak melalui satu pembedahan yang sama ( buang batu dalam pundi hempedu dan memperbetulkan henia/usus bengkak) kerana ianya terletak di kawasan perut yang hampir sama/berdekatan - kata doktor. Kos kedua-dua operation ini ialah sebanyak RM6,000 dan RM8,000 = RM14,000 kesemuanya. Belum termasuk kos bilik dan makan minum tak tau berapa lama ( mengikut doktor sekurang-kurang selama 3 hari jika tidak ada komplikasi).
Mengikut kata doktor Razlan ( Pakar usus dari HUKM ) pembedahan yang dijalankan hanya memakan masa selama 1 jam sahaja. Maknanya kalau masuk jam 3.00 ptg ianya akan selesai pada jam 4.00 ptg. Walau bagaimana pun saya dimaklumkan oleh anak-anak saya yang berada di klinik tersebut, sehingga jam 5.30 masih belum keluar dari bilik bedah. Isteri saya hanya keluar pada kira-kira jam 6.00 ptg. bermakna beliau berada di bilik bedah selama 3 jam. Bila keluar beliau menggigil kesejukan dan dalam keadaan tidak diri, bernafas melalui oksijan. Jam 7.20 malam beliau sedar sekejap tetapi terlena mungkin terlalu lemah setelah berpuasa semenjak dari sebelah malam lagi.
Sekembalinya saya dari surau pada jam 9.30 malam saya diberitahu oleh anak saya yang menjaganya ( Kak Cik atau Siti Syahrun Natrah ) yang emaknya telah sedar tetapi dalam keadaan lemah dan tidak boleh bergerak. Tidak dibenarkan memakan makanan pejal selama 3 hari, hanya minum air sahaja. Itulah arahan dari doktor.
Walaubagaimana pun pada jam 5.00 pagi tadi saya menerima pangilan telefon dari isteri saya sendiri, dengan suaranya yang lemah dan garau, beliau merayu sakit pada perutnya, muntah dan batuk. Lantas saya teringat kepada saat selepas pembedahan kali pertama Januari lepas, apabila perkara yang sama juga berlaku dan berlanjutan selama lebih 1 minggu muntah, berak tidak berhenti-henti...... Sungguh sedih melihatkan keadaan tersebut..... Apakah perkara saperti itu berulang lagi? Oh Tuhanku berikanlah keringanan ke atas isteriku...Maafkanlah segala dosa yang telah beliau lakukan sekiranya ada..... Kami terima ianya sebagai dugaanMu jua, kami reda dengan kehendakMu, mungkin ada kesilapan dan dosa yang telah kami lakukan...mohon keampunan jua dariMu,Ya Allah.
Pagi ini saya cuba untuk mendapatkan air zam-zam kerana dengan air zam-zam diharapkan beliau boleh bertahan selama 3 hari dari tidak menjamah bahan makanan pejal dan keras, walau pun bubur tidak boleh dimakan, kerana ususnya baru sahaja dipotong dan disambung.
Sekian dulu...............

Saturday, August 15, 2009

Shukur Alhamdulillah....Selesai Majlis Walimatulurus....Majlis Menyalang Angah Siti

Sukur Alhamdulillah ke hadirat Allah s w t. kerana pada hari ini 15/08/09 berlangsungnya majlis menyalang anak perempuan ke rumah suaminya di Kg Baru Seri Puchong, Selangor. Dengan berlangsungnya majlis tersebut maka selesailah persiapan dan perlaksanaan kenduri kendara sempena majlis pernikahan dua anak saya, Hajah Siti Syahrun Najikha dan Mohd.Syahrun Naim, yang berlangsung selama 3 minggu bermula pada 1/8/09 dengan pernikahan Naim dan berakhir hari ini dengan majlis menyalang Angah Siti.
Badan masih terasa lengoh2 dan penat. Mengantuk bukan main terutama waktu tengahari dan waktu selepas solat maghrib. Ini disebabkan mungkin kerana operasi kemas mengemas secara kecil2lan masih berlangsung dari semasa ke semasa terutamanya mengemas sampah sarap di bahagian belakang rumah yang dijadikan pusat operasi masak-memasak pada 07-08/08/09 yang lalu. Pagi tadi pun sebelum pergi menghantar anak ke Puchong semenjak dari pagi lagi saya telah berada di belakang rumah memasuh bekas-bekas lauk dan acar yang dibawa dari Pontian Johor oleh adek2 dan sepupu saya yang masih belum dibasuh semenjak seminggu lalu, berendam dalam air tiada siapa pun yang mengusiknya. Kayu api yang berlonggok bercampur dengan sampah sarap kalau dibiarkan akan mengundang padah kerana akan menjadi habuan anai-anai dan ulat serta lalat....akan menyebabkan penyakit bukan?.....Saya bakar itu semua menjadi satu unggun api yang besar dan marak.
Proses membakar berterusan sehingga jam 11.30 pagi, setengah jam sebelum bertolak ke Puchong. Selepas itu membasuh pula 4 pasang selipar bersalut lumpur pekat yang dibiarkan terendam dalam baldi. Pokok nangka yang batangnya masih sebesar 4 jari terlalu tinggi menjulang langit berhampiran pagar jiran sebelah rumah, saya cantas dan bakar di unggun api yang masih menyala....Huh panas dan terasa penatnya. Letih bukan kepalang.
Rombongan ke majlis menyalang sepatutnya bertolak jam 11.00 pagi tetapi jam 9.30 pagi angah Siti sms mengatakan bersanding jam 2.00 ptg, jangan tiba awal sangat kerana tiada tempat lepak, mesjid pun jauh. Oleh itu saya tunda waktu bertolak jam 12.00 th. Rombongan dari Seremban terdiri dari 4 buah kereta: saya sendiri, Along Izam, Haji Mohammad Jiran sebelah sekeluarga, dan Along Izhar ( 2 pupu isteri saya) sekeluarga. Setibanya di Puchong ditambah dengan Angah Zamri ( anak buah) dan keluarga Saz dari Subang Jaya. OKlah ramai juga akhirnya.
Tiba di Kg Baru Seri Puchong jam 1.45 ptg. terus masuk ke rumah untuk bersanding di pelamin yang dibina di dalam khemah berhadapan dengan rumah pengantin. Cuaca sungguh panas. Saya dan isteri diminta menepung tawar pengantin ( lucu....saya menepung tawar secara terbaik...: sepatutnya di renjis dulu air mawar baru ditabur beras kunyit atau bunga rampai, tetapi apa yang saya lakukan adalah sebaliknya...faham tak?). Isteri saya menegur,`` salah tu!...'' Saya kata `` tak polah, tak pernah buek....asal jadi dahlah....'' Tepung tawar diikuti oleh ayah dan bonda pengantin laki-laki. Selesai saja saya diminta oleh bapa pengantin laki-laki( besan, En Husin ) untuk membaca doa pengantin. Selepas itu semua rombongan dijemput untuk makan jamuan tengahari.................. Memang perut sedang lapar bonar. Makan pulak di mejo utamo dengan lauk pengantin yang enak dan lazat, memang sungguh menyelerakan sekali. Makan sehingga jam 3.15 ptg. kami pun memohon diri untuk pulang ke Seremban. Solat di R&R Dengkil dan tiba di rumah jam 5.15 ptg.
Dalam perjalanan pulang saya melepasi Nilai dan ada juga keinginan untuk singgah ke rumah kawan lama yang juga sedang mengadakan kenduri kahwin anak perempuannya, tetapi menganangkan isteri saya agak kurang sehat dan badan pun terasa letih, maka keinginan itu saya batalkan. Semetelahan lagi ada dua passenger kawan angah Siti menumpang dalam kereta saya, rasa tak sedap untuk mengajak ke rumah kawan saya tu. Rakan lama yang saya maksudkan ialah Dato Seri Utama Tan Sri Haji Mohd.Isa bin Dato Haji Abd.Samad, bekas MB NS dan Mantan Menteri Wilayah Persekutuan.
Disebelah malamnya, kenduri di rumah Dato Dr. Haji Abd.Rahman Kaeh - kenduri kesyukuran hingga jam 10.10 malam.
Itulah coretan memoir saya pada hari ini... Ada suka dan duka?....Itu ketentuan Allah s w t.

Friday, August 14, 2009

Ketentuan Allah s w t....Mohon keampunan jua dariMu..

Sesungguhnya Allah s w t itu maha besar dan berkuasa ke atas segalanya..... Ku mohon keampunan sekiranya hambaMU ini melakukan kesilapan yang senghaja mahu pun yang tidak disenghajakan, yang nampak pada zahir mahu pun yang maya, sesungguhnya aku sangat lemah disisiMu Ya Allah sehingga saya alpa dari melakukan kesilapan demi kesilapan, walau pun tidak dapat dinafi ianya mungkin elok bagi saya tetapi pahit bagi yang lain........Sesungguhnya Engkau Maha Besar, maha mengetahui akan segala isi hati makhlukMu........Ampunilah akan segala kesilapan yang telah saya lakukan.......Kaulah Tuhan maha Pengasih dan Penyayang akan sekelian hambanya yang memohon keampunan....
Ya Allah, berikanlah perlindungan kepadaku dan seluruh keluargaku dari bala bencana dan musibah, baik di dunia mahu pun di akhirat. Sesungguhnya Engkaulah yang maha perkasa dan maha pemberi perlindungan atas sekelian makhluk ...Amin ya rabbal`alamin.
Catatan : 14/08/09 jam 6.50 ptg.

Thursday, August 13, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU - HARI LANGSUNG: 08/08/09

Tibalah saat yang ditunggu-tunggu, iaitu pada 07/08/09 dan 08/08/09 yang lalu dua hari yang penuh sejarah bagi saya. Apa tidaknya, kerana pada 07/08 (Jumaat) pada jam 3.30 ptg. saya telah menjadi wali kepada anak perempuan saya yang tua iaitu Hjh Siti Syahrun Najikha bernikah dengan Saiful Azwan di rumah saya sendiri dengan disaksikan oleh 2 orang ( Bilal Masjid Tmn Rasa Sayang dan Dato Dr Haji Abd.Rahman Kaeh ). Ijab saya disambut hanya dengan sekali lafaz oleh Saiful.
Petang itu juga kerja-kerja persiapan untuk jamuan makan malam dan kenduri gadang pada pagi esoknya bermula. Seekor lembu besar (RM4,800.00) saya beli untuk jamuan pada malam dan pagi esok. Daging lembu tiba sebelum solat Jumaat dari Pedas, Rembau. Daging disiang dan dipotong untuk gulai cili api/masak serai oleh rakan-rakan dan jiran tetangga. Pada petang itu juga kaum perempuan menyediakan masakan pacelis nenas, dan masak lauk untuk sebelah malam nanti. Sebelah malam 07/08 diadakan majlis doa selamat dan makan malam. Tu je, ringkas dan rasanya tidak membebankan jiran tetangga dan rakan-rakan yang sudah vetren ini. Pada petang itu juga, emak saya, saudara-mara dan adik beradik saya mula tiba dari Johor. Pada malam itu juga kami adik beradik sebuk menyediakan persiapan untuk masak nasi jagung secara `kukus' ( pertama kali diperkenalkan di TGM ini). Huh, jam 1.00 pagi juga baru tidur.......letih dan penat, lebih2 lagi setelah tiga malam tidak cukup tidur, tetapi perlu diteruskan juga...tanggungjawab.....
Sebelah pagi cuma masak nasi dan gulai daging cili api saja serta memotong buah atau bahan rojak petis sahaja. Kerja lain tidak ada, menjadikan rakan-rakan yang begitu ramai nampak relax sahaja. Saya sendiri merasa happy kerana rakan-rakan tidak banyak tugas, memang itulah matlamat saya cuba minimisekan kerja-kerja dapur. Ayam pun saya tempah ayam golek saja ( 180 ekor). ok kan?
Menu jamuan makan ialah:
1. Nasi jagung & nasi putih
2. Ayam golek
3. Daging masak cili api/serai
4. Pacelis nenas
5. Rojak petis
6. Acar buah
7. Cuci mulut: cendol, bubur pulut hitam dan buah limau hiris
8. Air sirap campur Sunquik
9. Buah tangan: goodies (VIP) dan `cake cup'(biasa).
Halua telingga: Karaoke oleh Hj Zaadon Bujang.
Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan Khatam Al Quran dari kumpulan perempuan yang dianggotai oleh isteri saya seramai 35 orang. Tamat jam 11.00 dan terus jamuan makan pada jam 11.30 pagi ( orang pangkal dan semua tetamu ). Mulai dari saat itu jemputan lain mulai tiba berduyun-duyun dengan kemuncaknya pada jam 12.00-2.00 petang. Pengantin hanya tiba pada jam 1.50 ptg. walau pun saya berjanji pada 1.00 t/h.
Antara VIP yang hadir: YAB MB NS Dato Sero Utama Dato Haji Mohammad Haji Hassan; Dato Haji Ahmad Kabit KSU Kem. .............. dan lain-lain. Tetamu terakhir ialah Haji Yahya dan isteri dari Bukit Baru Melaka yang tiba pada 9/8/09 jam 8.30 malam dalam perjalanan beliau dari Kucing atas urusan tugas.
Cuaca disepanjang hari itu sangat baik dan menyenangkan. Cuma satu kesilapan yang tidak disegajakan apabila lauk daging masak cili api sebanyak satu periuk penuh tidak berusik atau dihidangkan ( terlepas pandang, disangkakan lauk itu sudah habis....) Saya panik dan sangat sedih, mengapa ini berlaku..... malam itu juga saya minta bantuan kawan-kawan untuk menyelesaikan dengan membahagi2kan kepada jiran tetangga...beres...tetapi agak kesal juga....
Urusan jamuan dibantu oleh Belia dari Tmn Seri Kasih ( 15 orang) di bawah pengawasan Sdra Ali Maasin dan Sdra Jamal. OKlah tetapi agak kurang licin kerana datang lewat dan kurang penyelarasan. Selain itu dibantu juga oleh belia TGM seramai 10 orang di bawah kawalan Sdra Ariffin Abas. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka semua. Terima kasih juga diucapkan kepada jiran tetangga dan rakan seperjuangan di TGM ( laki2 & perempuan ) yang diketuai oleh Hj.Idris Kassim dan Hj Ghazali Mansor ( Pengerusi BKTG).
Pada hari ini :13/08/09 baru selesai saya memulangkan semua alatan surau dengan pertolongan Hj Mohd Najib. Terima kasih tidak kepada Hj Najib yang telah banyak menolong menyelesaikan masalah persiapan dan pengangkutan. Tanpa beliau, hai, memang agak susah.......Terima kasih juga kepada jiran2 yang telah memberikan berkerjasama: Hj Abd.Rahman Manap ( api dan kereta Pajero jemput daging di Pedas), Kak Timah ( air basuh pinggan ) dan Pn Ana dibelakang rumah yang telah memberikan kebenaran menggunakan bahagian belakang rumahnya sebagai tempat memasak dan juga basuh membasuh bahan masakan.
Seterusnya, majlis menyalang anak perempuan saya ke rumah laki-laki akan diadakan pada 15/08/09 ( Sabtu ) depan di Puchong. Insyaallah.......Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah s w t kerana semuanya telah berjalan dengan lancar dan sempurna........

Saturday, August 1, 2009

Saat Menunggu Hari Walimatulurus 8/8/09.........

Tidak saperti kenduri yang pertama semasa pernikahan Along enam tahun yang lalu, kenduri kahwin anak-anak kali ini memang mendebarkan. Tak taulah apa sebabnya, tetapi apa yang pasti ialah kali ini begitu banyak peristiwa-peristiwa besar yang menimpa keluarga saya khususnya menjelang tarikh besar tersebut. Kenduri Along yang dulu, kami sangat gembira dan ceria menunggu tarikh hari kenduri, namun begitu kali ini adalah sebaliknya. Mengapa begitu? Memang banyak faktor yang menjadikannya begitu, antaranya:
1. Keadaan kesihatan isteri saya akibat dari komplikasi kanser rahim. Akibatnya isteri saya telah menjalani pembedahan buang rahim pada Januari lepas. Berikutan dari itu beliau telah mengalami 3 lagi komplikasi dalam badannya sebaik sahaja menjalani pembedahan perut untuk membuang keseluruhan organ rahimnya. Pertamanya, beliau telah mengalami `henia' /usus berpintal, dan keduanya terdapat batu/karang di hempadunya. Walau pun keduanya tidak berapa serious tetapi kadangkala menimbulkan masalah lain saperti sakit dada, terasa sangat penat dan sangat tidak bertenaga dan lain-lain lagi. Doktor Ishak di Pusat Pakar Islam di Kg Baru yang merawatnya sudah memberitahu, sekiranya terasa sakit, cepat-cepat jumpa doktor. Tetapi dalam keadaan masa ini yang menunggu masa 8/8/09 kami berdua sedang sebok membuat persiapan, kami bercadang untuk menangguhkannya sehingga selepas tarikh 8/8/09. Tetapi apa yang merunsingkan kami ialah kadangkala komplikasi itu datang secara tiba-tiba seandainya kerap melakukan kerja-kerja walau pun kerja ringan. Itulah yang merisaukan keluarga kami..................
2. Keadaan kesihatan isteri saya semakin bertambah parah apabila anak sulong kami/Along bercerai pada Julai lepas. Kami berdua dan seluruh keluarga tidak setuju mereka berpisah, kami masih sayang kepada anak kami dan menantu perempuan kami. Perasaan sedih dan pilu senentiasa bermain di kepala dan hati kami apabila Along dan bekas isterinya terlintas dalam ingatan kami. Lebih-lebih lagi apabila bekas isterinya itu terlibat secara langsung dengan persiapan kenduri perkahwinan anak-anak kami pada 8/8/09.
3. Keupayaan kami dan rakan-rakan kami di TGM ini juga semakin menurun kesan dari pertambahan umur kani yang semajin meningkat. Fizikal dan mental kami seringkali terasa begitu lemah sehingga menjejaskan consentrasi dan tindakan2 kami.
4. Pada masa ini kami telah pun bersara. Banyak kemudahan-kemudahan yang pernah kami kecapi semasa masih bertugas telah tiada. Kenalan juga semakin menghilang disebabkan oleh kerana tidak mengetahui alamat dan talian telefon - oleh itu sukar untuk kami menghubunginya menerusi kad jemputan atau telefon.
5. Kami juga sudah bersara semenjak 4 tahun yang lepas. Orang dah pencen hanya mendapat separuh gaji sahaja, oleh itu poket semakin kempis tetapi perbelanjaan harian semakin meningkat tinggi, terutamanya dalam menyediakan persiapan kenduri kahwin anak-anak kami ini. Semuanya kami tanggung sendiri. Agak terasa akan kekurangannya. Walau bagaimana pun kami tetap tabah menghadapinya, dan Insyallah semuanya ok................
Kami terus membuat persiapan kenduri kahwin - hanya tinggal 5 hari lagi - hati ini semakin berdebar-debar, tetapi semuanya berjalan lancar dan Insyallah ianya akan berjaya saperti yang dirancangkan.

Friday, July 31, 2009

Selamat Pernikahan AnakKu No 3: Mohd Syahrun Naim....

Shukur Alhamdulillah...........Pada hari ini Jumaat 31 Julai 2009/ 9 Saaban 1430 H anak laki-laki saya no 3 Mohd Syahrun Naim sah melafazkan nikah sebanyak 2 kali dengan Siti Hasnah Mokhtar. Majlis berlangsung di Masjid Saidina Hamzah Taman Batu Baru, Batu Caves, KL tepat pada jam 10.35 pagi. Dinikahkan oleh wali/bapa Siti Hasnah sendiri ( Tn Haji Mokhtar ) dengan maskahwin RM1884.00 tunai( ikut adat Kedah )

Rombongan kami dengan 4 buah kereta terdiri dari Y.Bhg. Dato Dr. Haji Abd.Rahman Kaeh dan Datin Aini; Haji Othman Senara dan isteri(Kak Nisah), Hj Mustaffa Sharif, Hj Khalid Saamin dan isteri ( Hjh Saerah), Isteri saya Hjh Rahimi, anak-anak Nurul dan Najikha, anak-anak buah terdiri dari Along Bahiah dan Fa`al Ramdhan, serta bekas menantu Azni Iffah dan mamanya Kak Hjh Aini dari Kelantan.

Perjalanan dari Tmn Guru Melayu ke Batu Caves mengambil masa 1jam 15 minit - bertolak jam 8.00 pagi dan tiba di perkarangan masjid jam 9.15. Rombongan pengantin perempuan pun belum sampai( sebenarnya majlis bermula jam 10.00 pagi - mengikut kata Hj Mukhtar bakal besan).

Imam yang mengendalikan akad nikah masih muda, orang Kelantan( dari dialek percakapannya). Khutbah nikah agak panjang - Abd.Othman Senara naik bosan sebab cerita macam-macam dan soal pengantin sampai tak boleh jawab ( Berapa Rukun Islam dan Rukun Iman). Saya sendiri agak terkilan dengan insiden itu dan malu pun ada, sebab saya dimaklumkan Haji Mukhtar adalah bakal imam di masjid tersebut. Soalan syarat nikah boleh jawab dengan lancar.

Selesai nikah wakil saya Dato Haji Abd.Rahman Kaeh serah barang2 hantaran kepada pehak perempuan ( 7 dulang ). Setiap orang tetamu diberi sekotak air minuman dlm plastik dengan sekeping kueh kek pisang. Selepas itu kami dijemput ke rumah pengantin untuk menerima balasan sebanyak 9 dulang pula. Selesai serah dan menerima barang hantaran kami dijamu dengan jamuan makan tengahari. Kami bertolak balik ke Seremban pada jam 11.30 dan sampai di Seremban jam 12.30 th. Sempat solat Jumaat di tempat sendiri.

Majlis akad nikah anak saya ke 3 ini agak ringkas kerana tidak jauh dari rumah - sudah barang tentu menjimatkan masa dan kos pengendalian majlis. Hanya melibatkan transport sebanyak 4 buah kereta sahaja terdiri dari kereta saya sediri, Along Izam, Angah dan Nurul sahaja. Jimat Kan? Esok 1/8/09 kami akan bertolak semula ke Batu Caves untuk menghantar pengantin untuk berlangsung di sana pula............................

Sekian dulu, terima kasih.

Sunday, June 21, 2009

Makan tengahari & shoping di Ben Than Market

( Saya sambung perihal makan tengahari dan shoping di Ben Than Market Saigon,Vietnam)....

Makan tengahari bolehlah di restoran halal yang banyak juga terdapat di HCM City ni. Makanan di sini memang mahal, maklumlah walau pun bahan tempatan tetapi rempah ratus masakan didatangkan dari Malaysia, dan kalau ada di pasar tempatan pun mahal juga harganya kerana HCM City ini bandar besar dan ramai para pelancong asing. Biasalah.....Sebelah malam kami makan masak nasi di bilik, dan beli sahaja lauk di restoran...tel je ke restoran dan dia boleh hantar terus ke hotel kita panas-panas.
Kami berenam menaiki teksi sebanyak 10,000 dong( RM2.00) ke Restoran Halal in Saigon, berhadapan dengan Masjid ( lupa namanya) tetapi beberapa langkah saja dari Hotel .....lima bintang. Restoran ini baru sahaja dibuka, belum sampai setahun umurnya. Diusahakan oleh seorang rakyat Malaysia keturunan Sinhalese(Ceylon) yang telah merantau dibeberapa buah negara asing. Beliau adalah seorang Doktor Perubatan tetapi tidak mengamalkan profession sebagai doktor sebaliknya hanya sebagai juru perunding farmasi, dan suaminya ada membuka kedai farmasi di Malaysia. Beliau membawa rempah ratus masakan dari Malaysia sebulan sekali, dan beberapa orang tukang masak dari Malaysia. Menu yang disediakan memang sedap-sedap saperti nasi lemak, roti canai, kueh mueh Melayu Malaysia yang disediakan di sebelah pagi ( sarapan). Sebelah tengahari ada disediakan berbagai menu masakan Melayu dan Vietnam dengan harga yang agak sederhana. OKlah makan di perantauan memang mahal sedikit. Tidak jauh dari situ terdapat satu lagi restoran halal Restoran Four Session yang juga diusahakan oleh pengusaha dari Malaysia, atau pun Bombay Restoran ( jarak 4 kedai dari Restoran Halal in Saigon selain dari Restoran Shamsudin yang agak jauh. Di kawasan masjid itu pun ada kedai makan yang diusahakan oleh orang Melayu Campa dari jamaah masjid tersebut.
Lepas je makan tengahari,kami bertolak balik ke Pasar Bin Thanh untuk shoping. Ha bermulalah fasa ke 3 dan seterusnya `melebur RM' di Vietnam terutamanya kaum wanita memang semuanya dibeli: kain baju, eksesori badan, beg tangan, kain alas meja, ....... hai tak payahlah disebuat satu persatu, memang tak muat ruangan ini nanti. Walaubagaimana pun biar mereka tu puas, kerana tujuan utama ke HCM C ini pun nak shopping, biar mereka mencapai matlamatnya. Untuk kaum kali-laki? Setakat T Shirt atau pun kasut `made in Vietnam' ( itu pun kena beli di satau lorong khas untuk kasut kulit laki-laki yang murah harganya, lorong ini terletak di belakang stesyen bas berhadapan dengan pasar BenThan - saya seronok pilih kasut disini, dan tidak jauh dari situ ada pulak pasar/kedai2 antik yang begitu banyak). Satu petang kami habiskan di pasar ini, dan esok ada satu hari lagi untuk mencari bahan yang tidak atau belum dijumpai lagi. Saya suka tengok buah-buahan di Vietnam yang tidak jauh bezanya dengan buah-buahan di Malaysia: ada manggis(begitu banyak),mangga, laichi, ciku(sebesar 2x penumbuk tangan kita seberat 1 kilo sebiji - besar kan?), nona, betik,pisang.......dan banyak lagi - dijual ditepi jalan(peraih) atau dalam pasar Ben Than pun ada.
Pasar BenThan sebenarnya adalah pasar serbanika: berbagai item dijual disini; selain dari kain baju, terdapat juga kedai makan, buah-buahan, cenderamata, kraftangan, kedai emas dan batu jed, dll. Di bahagian belakang terdapat juga pasar basah yang menjual sayuran, ikan, daging, beras dan keperluan dapur lainnya, semuanya ada dll. Bab tu kalau bawa periuk boleh masak sendiri dalam bilik ( senyap2lah....setakat masak sayur dan rebus telor atau buat sup sayur/telor boleh sangat). Beras Vietnam banyak terjual di kedai.....tapi harganya tidak jauh beza dengan di tempat kita.
( ok saya berhenti dulu disini......ada masa sambung lagi...).

Friday, June 19, 2009

Lawatan Ke Istana Penyatuan dan Membeli Belah...

Ya, saya sambung coretan saya di HCM City Vietnam.................

Setelah selesai melawat ke Central Post Office kami beredar ke taman di hadapan Bangunan Notre Dam untuk mengambil gambar. Pas tu panggil sahaja teksi ( sebenarnya dpsepanjang kami berada di HCM City kami hanya menggunakan pengangkutan teksi yang begitu banyak dan agak effisent kerana kita menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan: teksi ada di mana-mana dan tambangnya murah, kereta jenis baru semuanya: toyota, datsun, inova dsb - cuma satu sahaja kekuranganya? Sebahagian besar pemandu tidak faseh berbahasa Inggeris oleh itu mereka dilihat sebagai tidak mesra pelancong - sukar untuk berkomunikasi)
Kami tiba di Reunification Palace iaitu bekas istana kediaman Presiden Zaman Vietnam Selatan sebelum jatuh ke tangan Vietcong. Bayaran masuk sebanyak 15,000 dong ( lebih kurang RM3/-) seorang dikenakan di pintu masuk. Semua pelawat terlebih dahulu melalui alat pengimbas untuk menentukan tiada barang berbahaya saperti senjata dan sebagainya di bawa masuk. Setelah Vietcong berjaya menawan Vietnam Selatan ( demokrasi) yang dibantu oleh tentera Amerika, maka Vietnam Selatan di satukan dengan Vietnam Utara ( kominis), dan istana Presiden Vietnam Selatan ini ditukar menjadi muzium dengan nama ` Reunification Palace ' ( Istana Penyatuan) yang menyimpan segala artifak zaman pemerintahan Vietnam Selatan. Kesemua bekas peninggalan Presiden di zaman itu dikekalkan saperti sedia kala termasuk ruangan perlindungan dan pejabat Presiden bawah tanah. Mungkin juga ada laluan sulit atau terowong bawah tanah yang menghubungkan istana ini dengan kawasan lain untuk menyelamatkan diri. Istana ini dibina di atas bukit setinggi 5 tingkat termasuk 2 tingkat yang ada di bawah tanah. Penat juga untuk melawat keseluruhan bahagian kerana terpaksa turun naik menggunakan tangga. Tidak ada lif boleh digunakan. Dibahagian paling atas(bumbung) terdapat kawasan lapang tempat pendaratan helikopter. Disinilah tempat Presiden terakhir Vietnam Selatan Lt Gen Ngu Yin Kao Kee menyelamatkan diri dengan menaiki helikopter sejurus sebelum istana itu ditawan oleh tentera Vietcong & Vietnam Utara. Dua kereta kebal yang merempoh pagar istana dan memasukki kawasan istana ada dipamerkan di bahagian luar muzium ini. Oh sungguh trajis akan sejarahnya.......
Setelah kami penat berjalan-jalan disekitar istana tersebut, lebih kurang jam 11.00 pagi kami bergerak dengan teksi ke kawasan Blue Mosque, satu kawasan penempatan orang Melayu Champa di HCM City ini. Kami terpaksa membayar hampir RM30.00 kerana agak jauh iaitu hala ke arah lapangan terbang antarabangsa HCM. Tujuan kami ke sini ialah untuk membeli telekong sembahyang, dan aksesori wanita saperti tudung, baju kurung melayu dan seumpamanya. Taukeh kedai iadalah seorang wanita bernama Hajah Bashirah yang berniaga di rumah kediaman 3 tingkat. Rumah ini dibina begitu rapat antara satu dengan lain, sempit dan memang tidak selesa, tetapi itulah hakikat hidup di perantauan, lebih-lebih lagi sebagai kaum minoriti dan beragama Islam: tidak langsung diberi perhatian oleh pemerintah yang mengamalkan fahaman sosialisme/kominis. Pandai-pandailah nak hidup di negeri orang: tetapi rasanya beliau ini lebih baik taraf kehidupannya jika dibandingkan dengan kehidupan mereka jika berada di Kampuchea.
Isteri dan anak-anak saya sibuk memilih kain telekong. Buatan HCM memang cantik dan murah, diperbuat dari kain jenis lembut, berenda dan sedap dipakai, begitulah komen isteri saya yang memborong kain telekong dengan harga antara 10-13USD sehelai. Hajah Bashirah dibantu oleh suaminya dan dua orang pembantu laki-laki dan wanita. Beliau sebenarnya pernah menjadi qareah di pertandingan Tilawah Al Quran peringkat Antarabangsa mewakili Kampuchea di Kuala Lumpur pada tahun 1990an. Bapanya juga seorang qare' dan pada masa ini sedang melawat Thailand untuk mengajar al Quran.
Sebaik selesai membeli belah kain telekong, kami beredar ke Ben Than Market untuk menjengok dahulu suasana di pasar ini. Saya sudah kali ke 3 ke pasar ini dan agar masak juga dengan suasana persekitarannya. Kami hanya window shopping sahaja kerana perut pun sudah mulai berkeroncong minta diisi lebih-lebih kagi setelah penat berjalan berkilometer jauhnya.
( ok, sampai disini dulu...... esok sambung makan tengahari di Restoren Halal in Sigon....)

Thursday, June 18, 2009

Bersantai Di Ho Chi Minh City(Saigon),Vietnam.

Kami terbang dengan Air Asia dari KLCC ke Bandaraya HCM/Saigon Vietnam untuk bersantai keluarga dan membeli belah. Saya anak beranak: Saya sendiri, Hjh Rahimi (isteri),Mohd.Syahrun Nizam (anak), Azni Iffah(menantu,isteri Nizam/along), Hjh.Siti Shahrun Najikha(anak) dan Siti Syahrun Nurul Ain(anak). Ada dua lagi jiran saya menumpang iaitu Hjh. Maherom dan anaknya Ana. Kami berada di HCM Citu selama 4 hari 3 malam dari 8/5/09 sehingga 11/5/09. Pergi pun atas dasar free and easy tak ikut pakage. Harga keseluruhannya tak sampai RM800 seorang dengan makan dan penginapan, kecuali beli belah. Makan pun banyak bawa dari Malaysia, bawa periuk nasi dan lauk-lauk kering ( jangan lupa bawa magie mee, biskut dan roti ). Makan di kedai/restoran halal memang sedap ( ada banyak restoran hahal di Saigon) tetapi mahal harganya. Saya berenam beranak hanya makan direstoran waktu makan tengahari sahaja, sementara waktu makan malam masak nasi di bilik dan beli lauk di kedai - sangat jimat, dan seronok. Bawa juga cerek elektrik untuk masak air panas. Bagi saya ini kali ke 3 meletakkan kaki di HCM City: pertama pada tahun 1996 bersama rombongan PSM CNS, kedua pada Februari 2009 bersama anak dan menantu: sepatutnya berempat sama isteri tetapi beliau tak dapat pergi disebabkan pembedahan perut kerana kanser rahim di Hospital Tunku Jaafar: dia masih lemah tidak berdaya. Tambang Air Asia dapat ditangguhkan sehingga bulan Mei - dan dia dah sehat sedikit serta boleh pergi bersama anak-anak: along dan isterinya pun ikut sama juga.
Sepatutnya bertolak pada pada jam 2.50 ptg 8/5/09 tetapi dilayed sehingga jam 6.50 baru bertolak - tak apalah Air Asia beritahu lebih awal jadi tak menunggu lama. Tiba di lapangan terbang Tan Sun Nyut Saigon jam 8.00 malam - sudah ada skanning untuk detact penyakit selsema Babi(H1N1). Kami terus ke Hotel Huy Hei Min di District 1, beberapa meter sahaja dari Ben Than Market yang terkenal di Saigon. Check in dan terus masuk bilik: 1 bilik 4 orang ( saya bersama isteri dan 2 anak) dan 1 bilik lagi Along bersama isterinya.
Makan malam apa yang ada: masak nasi dan makan dengan serunding dan sambal ikan bilis: sedaaaaaap........ Anak dan menantu saya terus turun ke bawah kerana di bawah hotel ada night market yang menjual berbagai-bagai item, Market ini bersambung dengan BenThan Market tidak jauh dari situ. Malam itu kami tidur lena.......
Keesokan harinya, selepas solat subuh ( awal jam 4.30 pagi dah subuh) - jarak masa ke belakang 1 jam dari Malaysia ( Kalau Malaysia jam 7.00 di HCM baru jam 6.00). Hotel ada bagi breakfast tapi hanya minuman, buah dan roti boleh di makan, yang lain saperti nasi goreng, bubur dll. tidak halal, ada nyok-nyok... Isteri saya dan anak-anak sarapan dalam bilik sahaja ( milo dan roti gardenia) . Lepas sarapan kami ke Central Post Office dan Bangunan Notre Dam di sebelahnya. Bangunan Post offoce sangat cantik, seni bina Peranchis. Ada potret Ho Chi Minh begitu besar. Ada shoping, anak-anak mula shoping beli beg tangan kulit di sini......Huh dah mula shoping dah........ (Oklah, berhenti dulu di sini, esok sambung semula).

Selamat Pengantin Baru

Pada hari ini 18 June 2009 bertempat di Royal Bintang Hotel Seremban berlangsunglah satu jamuan minum petang untuk meraikan rakan yang baru melangsungkan perkahwinan lebih kurang dua minggu yang lepas. Kami terdiri dari AJK PBPPP DS ( Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Daerah Seremban) dan isteri masing-masing meraikan rakan AJK Sdra.Idris dan isteri yang telah diijabkabulkan pada 29/05/09 lepas. Sdra Idris 68 tahun yang kematian isteri pada pertengahan tahun lepas telah memilih Pn Rosminah seorang ibu tunggal berumur 54 tahun berasal dari Batu Pahat Johor. Pn Rosminah telah kematian suami semenjak 17 tahun yang lalu dan telah mempunyai 6 orang anak dan 12 orang cucu, sementara Sdra Idris mempunyai 4 anak dan 4 cucu. Sama-sama punya cucu la, dan sudah sah ada title Dato dan Datin ori.
Majlis minum petang ( heigh tea ) bermula pada jam 3.30 petang dengan ucapan pengacara majlis Hj.Othman Senara yang mengaku-alukan para hadirin dan juga pasangan pengantin baru. Selepas itu ucapan oleh Pengerusi PBPPP DS Dato Haji Sudin bin Kamari yang menyentuh tentang peristiwa kenangan manis semasa menghantar dan mengiringi Sdra Idris berijab kabul di rumah pasangannya di Taman Bukit Mahkota, Selangor pada malam 29/05/09 yang lepas. ` oh comeh tak jadi nikah, Tok Imam lenggang kangkong macam itek pulang petang, tak bawa borang nikah...tanya pulak pehak pengantin perempuan..mana dia tahu? Itu kan tanggungjawab Tok Imam kan? Hai pander betul Imam ni....Kat Sdra Dorih(Idris ikut loghat N.Sembilan) Imam pun dari awal dah sebab dia sangka `pengantin antik' tak ramai orang antar nikah...tapi beliau terperanjat gadang bila dilihatnya begitu ramai sanak saudara dan sahabat handai di hadapan pelamin malam tu...Dia jangka 5 atau 6 orang sahaja....Tapi kalau ya pun 5 atau 6 orang je, borang nikah masih tak perlu dibawa sama ke?....Kalau orang ramai baru perlu borang?..... Ha memang berpeluh sakan imam tu...Oleh sebab Tok Imam dah tahu dia salah, akhirnya beliau bersetuju untuk menikahkan pasangan Dorih dengan Maimunah ni...Tu pun setelah kami pehak rombongan laki-laki mengatakan akan membawa balik Si Dorih ni balik semula ke Seremban malam tu jugak kalau tak jadi nikah....Dorih dah muram...hibo...Maimunah hampir menitis air mata ( agaknya dia tahan, sebab anak cucu berkerotong di kelilingnya...). Hj Othman yang kepanasan pun dah mula keluar rumah kerana gelisah...Dia takut kalau Si Dorih tak jadi nikah malam itu, dia tak boleh melancong ke Bukit Tinggi malam esok bersama rombongan PBPPP DS. Walaubagaimana pun Tuhan itu maha adil dan maha berkuasa, akhirnya Tok Imam lembut hati dinikahkan juga Si Dorih dengan Maimunah tanpa sebarang borang dan tanda tangan untuk pengesahan pernikahannya. Dia dimaklumkan untuk datang menandatangani borang-borang berkaitan pada hari Isnin....Tetapi pada hari Isnin dia berada di Bukit Tinggi berbulan madu dengan 26 lagi AJK PBPPP DS. Saya dimaklumkan petang tadi sehingga hari ini borang itu belum lagi ditandatangani. Saya takut makin lama semakin lupa, dan dia tak dapat surat dan sijil nikah. Camno tu?.... Hai golo de eh....
Setelah bacaan doa oleh Ustaz Abd.Aziz Putih maka kami pun beredar ke tempat makanan untuk menjamu selera. Berbagai makanan heigh tea - dan selepas itu barulah dipersilakan Pn Rosminah dan Dorih memberi ucapannya. Kami bersurai pada jam 5.15 petang dengan seribu kenangan bersama pengantin entik: Dorih dan Maimunah.
Selamat berjumpa buat pertama kalinya:

Saya baru sahaja memasuki blog , belum sampai seminggu dan berharap agar dapat memaparkan aktiviti-aktiviti saya di blog saya ini untuk tatapan dan makluman semua insan sejagat yang dapat akses dengan blog saya ini. Sebenarnya sudah sekian lama saya sangat berkeinginan untuk membina blog saya sendiri, setelah bertahun2 saya membaca kontent blog rakan-rakan dari seluruh dunia dalam berbagai bahasa. Saya cuba untuk memaparkan hasil nukilan saya dalam bentuk penulisan saperti rencana, pelaporan, penulisan sejarah, biodata, keluarga, dan lain-lain. Juga disertakan gambar-gambar yang berkaitan dan relevent dengan nukilan yang akan disajikan.
Sekian, buat permulaan.