Friday, February 11, 2011

Sakit sudah agak redam tapi kerja memang banyak....

Assalamualaikum w t w:
Bertemu semula di laman blog. Semenjak akhir2 ini saya dah selesa pula dengan facebook. Ada yang ajak jadi rakan facebook, tapi banyak saya tak layan. Tak kuasa nak balas-balas, tak ada isu yang sesuai dan menarik. Walaubagaimana pun saya tertarik dengan face book Dato Seri Najib Razak, PM kita. Banyak isu-isu yang diketengahkan untuk tatapan dan perhatian serta tindakan Dato Najib saya turut respon dan beri komen. Kekadang saya sendiri membuka topik perbincangan baru untuk dikongsi dengan rakan-rakan facebook lain, khususnya untuk perhatian YAM PM sendiri. Yang terbaru ialah isu pemberian insentif Kementerian Pelajaran kepada guru besar yang sekolahnya telah menunjukkan oprestasi paling cemerlang dalam akademik. Seramai 934 orang GB akan menerima RM7,500 seorang, Guru Lainnya RM1,800 dan RM900.00. Program ini telah dimaklumkan oleh TPM Tan Seri Muhyiddin Yassin dalam satu perjumpaan dengan warga pendidik di Putra Jaya semalam. Saya telah meminta PM menengok akan keadilan pemberian itu, kerana yang bekerja kuat memajukan para pelajar ialah guru subjek tapi hanya diberi RM1,800 dan RM900.00 sedangkan GB diberi RM7,500 satu perbezaan yang begitu jauh, wal hal kekadang GB tak pun mengajar subjek penting saperti sains, matematik atau B.Inggeris/Melayu? Saya cadangkan agar nisbah itu dikaji semula dengan GB tetap menerima RM7,500, tetapi Guru Subjek diberi RM4,00 dan guru lain RM2,500 barulah tidak nampak sangat perbezaannya. Ini bagi mengelakkan rasa terpinggir guru subjek dan lainnya, disamping memadamkan rasa tidak puas hati para guru.

Selain itu saya menyatakan agar pemberian itu janganlah dipolitikkan;janganlah disebut bahawa kerajaan terlebih dahulu memberi idea insentif kepada guru dari Parti Keadilan Rakyat yang mahu memberikan RM500 seandainya mereka memerintah negara nanti. Tak payah sebut-sebut hal itu, kami guru2 dah faham. Kalau banyak kali disebut2 ditakuti guru akan rasa menyampah, kerajaan tak ikhlas memberi insentif dan berbagai impression negatif yang akan membawa kepada guru menentang kerajaan ( rasa fade up )

Saya juga meminta agar YAM PM membisikkan kepada timbalannya Tan Seri Muhyiddin Yassin agar berhati-hati apabila menangani permasalahanatau sebarang program untuk guru supaya tidak terusek hati. Insentif itu memamngnay sangat bagus, tetapi janganlah disensasikan sehingga timbul rasa meluat, jelak dan akhirnya termuntah....

Sekian dulu, terima kasih......

Friday, January 14, 2011

Memang banyak aktiviti walau pun saya uzur........

Assalamualaikum w t w:

Saya tergerak untuk menyambung celoteh saya semalam yang agak tergendala disebabkan masa yang tidak mengizinkan. Sudah hampir maghrib, dan tiba waktu untuk saya makan malam ( semenjak mengidap angin gastrik, perut tidak boleh kosong, perlu diisi walau pun sedikit, kalau tidak gas/angin masam akan naik ke tenggorok....dan seterusnya lendir pekat akan naik ke tenggorok dan menghalang bahan makanan dari masuk ke dalam perut....inilah masalah saya sekarang ini).

Sungguh pun saya belum betul-betul sehat dari penyakit angin gastrik ( influx) ini tetapi saya gagahi juga untuk terus aktif dalam NGO, persatuan dan kebajikan. Walau pun kadang-kadang terasa letih, lemah dan kurang bermaya, namun say pendamkan buat seketika untuk menentukan agar kesihatan saya akan terus terjamin `fit' dan sehat: tak mahu melepet tak bermaya..................Itulah azam saya. Walaubagaimana pun beberapa aktiviti rutin saya agak terhad, antaranya;

1. Joging di sebelah pagi pada setiap hari telah tergendala: sudah hampir 5 bulan tidak melakukannya kerana masih kurang bermaya
2. Tidak dibolehkan buat sementara memakan makanan sesuka hati: kena pilih makanan tidak pedas dan tidak masam serta berminyak, makanan keras dan berlemak: OKlah terpaksa ikut untuk menentukan kesihatan pulih seperti sedia kala.
3. Rutin makan ubat dan makanan suplimen saperti madu asli, jus tamar, susu kambing asli, gamogen dan lain-lain : kekadang agak merimaskan kerana terlalu banyak yang hendak ditelan, sedangkan makana terhad, perut penuh ubat......OK ke?....
4. Yang paling sedih; tidak dapat ke surau solat Subuh kerana setiap pagi terpaksa menelan beberapa ubat dan supplimen ( sebenarnya masih boleh kalau bangun awal jam 4.50 pagi ) tetapi nak berjalan ke surau rasa kurang berdaya dan sangat sejuk.
5. Berat badan saya menurun dari 73 kg sehingga 59 kg di kemuncak saya tidak dapat makan ( selepas Hari Raya): tapi sekarang ini sudah agak bertambah kepada 62 kg.
6. Semenjak berat badan susut dan kelihatan kurus melidi, badan terasa sangat sejuk; kalau ke surau terpaksa memakai baju panas tebal agar tidak menggigil bahana aircon surau yang sejuk itu.
7. Sentiasa berhati-hati apabila handak menjamah makanan, terutamanya sewaktu menghadiri kenduri kendara yang begitu banyak menghidangkan makana dan menu yang pedas dan menarik ( kebanyakannya makanan kesukaan saya semasa sehat )- Habih camno?......Isteri saya memberi komen: ` nikmat makanan telah ditarik balik oleh Allah s w t.....' Yalah agaknya, tapi saya tetap berdoa agar dapat keampunan dan kembali kepada keadaan sedia kala......Insyaallah...Amin.......
8. Sentiasa dan masih tercari-cari apakah ubat yang mujarab untuk mengubati penyakit `influx' saya ini. Saya terbaca di internet ` epal cedar' ( cuka epal ) menjadi ubat kepada penyakit ini: saya belum cuba lagi, tapi insyallah selepas ini akan mencuba.
9. Saya juga dinasihatkan oleh Ustaz Darul Shifak supaya jangan melakukan kerja-kerja berat; mengangkat barang 5 kg pun kalau boleh cuba elakkan; kerana ia akan melibatkan paru-paru/pernafasan.......
( Huh banyak sekali kekangan dan tegahan khususnya aktiviti fizikal dan bahan makanan yang tidak patut ditelan......)Tapi tak apalah, saya cuba...........

Walaubagaimana pun seperti yang saya katakan, saya meneruskan akan aktiviti saya saperti biasa terutamanya aktiviti yang berkaitan dengan Ngo dan kebajikan, saperti:

1. Terus aktif dalam PSM CNS: menjadi Ketua Pengarang Kehormat dan menerbitkan 4 jenis penerbitan:
1.1: Buletin Jendela WARISAN ( 2 x setahun )
1.2: Jurnal WARISAN ( 1 xsetahun ): terbaru Bk.27 akan terbit pada akhir Januari 2011
1.3: Menerbitkan CD Jurnal WARISAN Bk.1-25: akan terbit pada Mac 2011, Insyaallah.
1.4: Menerbitkan Buletin PBPPPM DS ( 2 x setahun ) - Buletin PBPPPM DS bekerjasama dengan Hj Abu Bakar Hasan sebagai ketua pengarangnya.

2. Meneruskan tugas sebagai SU AJK Surau Al Mu`allimin, TGM
3. Meneruskan tugas sebagai SU AJK UMNO CTGM
4. Meneruskan tugas sebagai AJK PBPPPM DS: Pengarang/wartawan khas Buletin PBPPPM DS dan penulis khasnya.
5. Baru menjadi ahli kepada Persatuan Bekas Pegawai Kerajaan NS
6. Meneruskan sebagai AJK Jabatan Kebudayaan & Kesenian NS mewakili PSM CNS.
7. Meneruskan dan aktif sebagai ahli Persatuan Warga Emas Klinik Kesihatan Ampangan Seremban.
8. Mewakili PSM CNS dalam seminar dan perbincangan dengan agensi-agensi lain seperti Arkib, Perpustakaan, PSM Kawasan-kawasan dll.
9. Menghadiri jemputan PSM Pusat menjalankan aktiviti di luar saperti di JB dan KL serta Melaka.

Itulah antaranya setakat ini...........

Dugaan Ku semenjak akhir-akhir ini.......

Assalamualaikum w t w.

Sudah lama say tidak membuat coretan di laman blog ini. Hari ini Jumaat 14/01/2011 tergerak hati saya untuk merakam sedikit dari hal diri saya. Buka untuk apa tetapi sekadar catatan untuk diabadikan untuk diri saya sendiri.

1. Saya telah menghidap dan diserang gastrik ` influx' semenjak dari sebelum bulan Ramadhan 2010 lagi. Saya tidak boleh makan atau jika menelan makanan, semua makanan yang saya telah akan tersekat di tenggorok dan tidak boleh masuk ke dlam perut. Rasanya ia tersekat, dan tidak lama selepas itu akan muntah semula: sesuap masuk, sesuap juga keluar, kerana disekat oleh lendir pekat yang menghalang makanan dari masuk terus ke dalam perut. Huh, memang siksa. Pada malam hari pula terkena batuk dan semput yang amat sangat. Setelah saya brows dalam internet, saya dapati semuanya itu adalah kerana kandungan asid dalam perut naik ke atas kerana fungsi halangan dalam perut tidak lagi berjalan. Asid yang naik ke tenggorok akan masuk ke dalam paru-paru dan menjadikan semput, menahan pernafasan.

Sebelum puasa saya telah melakukan endogram di Hospital Pakar Islam Kg Baru KL - kamera dimasukkan dari atas mulut dan dubur, tetapi hasilnya tak ada apa-apa. Clear. Malam pertama puasa saya berada di wad selepas menjalani rawatan endogram. Walaubagaimana pun disepanjang Bulan Puasa lepas yang berjaya menghabiskan puasa Ramadhan walau pun saya tidak makan nasi: hanya makan bubur sahaja. Penyakit itu semakin teruk apabila dua hari sebelum H/Raya saya semput amat sangat sehinggakan anak-anak saya yang balik beraya menghantar saya ke hospital di satu pagi. Sampai di GH Seremban, masuk oksijan, x ray, ecg dll. Hasilnya? Juga clear x ada apa-apa. Saya dibenarkan balik untuk beraya. Makanan masih tidak boleh masuk dengan lancar.Makanan yang boleh hanya sup dan nasi lembik atau bubur sahaja. Hari raya kami sekeluarga balik kg. di Pontian, dan saya bukan sahaja x dapat makan tetapi semput yangamat sangat. Emak menyuruh saya berubat dengan abang sepupu ( Selamat atau Miskam yang menetap di FELDA Bukit Aping Timur Kota Tinggi). Dia datang ke rumah emak saya beraya, dan mengunati saya dengan menggunakan cara tradisi: kunyit + minyak dan diselitkan kepada jari kaki untuk buang bisa atau makhluk halus: huh sungguh sakitnya............ meraung2 tak malu didepan orang ramai dan anak buah ( maklumlah hari raya ramai sdra mara ziarah emak saya. Dia kata saya terkena santau angin, dan diminta buat susulan urut sebanyak 3 x selepas itu. Oleh itu saya tidak balik - menunggu sehingga seminggu di JB berulang ke Bk Aping berubat dengan abang sepupu saya itu. Alhamdulillah, ada kurangnya..........

Selain itu saya juga berikhtiar berubat tradidi dengan Darul Shifa ( anak murid Ust.Harun Din di Bangi dan Kajang )- juga ada nampak perubahan: semput berkurangan dan boleh masuk makanan. Tetapi kekadang masih juga semput dan x boleh makan; tetapi dalam keadaan yang sedikit sahaja.....sampai ke hari ini....14/01/2011......

Saya juga mekan ubat yang disyurkan oleh pharmacist di kedai ubat swasta ( farmasi ).
Mohon doakan agar penyakit ini akan beransur hilang. Saya tidak dibenar makan pedas walau pun sedikit, atau sebarang makanan masam.......atau makanan berminyak...

Sekian dulu sampai di sini....................

Thursday, July 29, 2010

Memang sudah lama benar........................

Assalamualaikum w t w:

Memang dah lama benar saya tidak melihat dan membuat nukilan kerana agaksebuk dengan tugasan NGO khususnya PSM CNS dan PB3P Daerah Seremban. Juga sebok kerana terlibat dengan penerbitan PSM ( Jurnal WARISAN ) dan ( Jendela Warisan) juga dengan Jurnal PB3PDS yang terbit dua kali setahun. Dalam pada itu urusan tugasan saya sebagai SU kepada UMNO di Cawangan TGM dan juga SU Surau Al Muallimin TGM, menjadikaN saya tidak menang tangan dibuatnya.Pada tahun ini saya juga telah dilantik sebagai Ketua Sidang Pengarang PSM CNS. Ada tugas berat yang perlu saya laksanakan:

1. Menerbitkan semula Jurnal WARISAN Bil.26 ( Disember 2010 )
2. Menerbitkan Buletin WARISAN Bil 6 ( September 2010 )
3. Menyiapkan CD Jurnal Warisan 1-25
4. Menerbitkan Buku Sejarah Kg.Tradisional NS ( Disember 2010 )
5. Berkerjasama dengan Hj. Abu Bakar ( Mr.Burn) menerbitkab Buletin PB3PDS
6. Menjadi webmaster kepada Laman Web PSMCNS yang baru dibina selepas sahaja mesyuarat agung Jun yang lepas dengan kerjasama Sdra.Norhisham dari Unit Kurikulum JPNNS. Huh...banyak kerja tu?.......Tapi tak apalah.......
Insyallah, saya cuba untuk melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan komitment.

Dalam pada itu saya juga terlibat dengan kerja-kerja sosial dan kebajikanyang perlu saya sertai untuk menjadikan saya agak sebok dan tidak termangu-mangu sahaja di rumah. Mati akal kalau diam dan memerap saja di rumah. Oleh itu saya cuba menyebokkan diri dengan mengaktifkan diri dengan kerja-kerja sosial d an NGO. Banyak tugasan-tugasan NGO yang saya perlu penuhi di sepanjang tahun ini, baik dalam soaial, kebajikan mahu pun kerja-kerja keagamaan.

Semenhjak akhir-akhir ini saya seringkali diajak oleh Hj Yunus dari Tmn Seri Kasih untuk menyertai kumpulan marhaban beliau. Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja undangan untuk marhaban dan berzanji di merata tempat, kerana kumpulan beliau itu memangn sudah terkenal di merata tempat dan sentisa mendapat undangan boleh dikatakan sesetiap hujung minggu ( Sabtu & Ahad). Itu belum sessi latihan bacaan berzanji yang diadakana pada setiap malam Selasa dan sessi mengajar berzanji di tempat lain yang saya juga diajak menyertainya. Tetapi disebabkan oleh ketiadaan masa maka saya seringkali tidak dapat menyertainya.

Sekarang, hanya tinggal seminggu lagi menjelang Bulan Ramadhan. Lagilah sebuknya. Macam-macam kerja nak dibuat. Oleh itu saingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan menyempournakan ibadah puasa agar nmemperolehi puasa yang dapat diterima oleh Allah s w t. Insyaallah.

OKla sampai disini dahulu, sambung dilain masa, Insyaallah...................

Sunday, February 28, 2010

Hai!!!!! Dah lama berehat.....

Saya sudah lama tidak membuat coretan - agaknya kerana saya merasakan terlalu sebok dengan kerja-kerja dan tugasan NGO yang saya terlibar sama. Terutamanya di penghujung Tahun 2009 memang terlalu aktiviti saperti pelaporan dan sebagainya yang perlu dibereskan. Dalam pada itu terlalu banyak kerja sosial saperti kenduti kendara sanak saudara, rakan-rakan rapat yang perlu dipenuhi. Ha memangnya stu tahun serasa saperti satu bulan, dan satu bulann serasa satu hari sahaja, begitu cepat sekali masa beredar, dan umur semakin meningkat tanpa disedari. Saya masih teringat semasa saya melepaskan anak No 4 saya ( Siti Syahrun Natrah ) pergi keluar negeri untuk study mediic di RSMU Moscow Russia 5 tahun yang lepas- masing-masing terutamanya emaknya sentiasa menyatakan `` Hai lamaya Kak Cik gi belajar, 6 tahun di negara orang, nanti emak sangat rindu......'' Tetapi semenjak tarikh itu, pejam celik sekarang budak tu dah selesai tahun lima dan menjelang Julai Tahun 2011 akan menamatkan pengajian dan balik untuk bertugas sebagai doktor.....Ho cepatnya tak sedar dah 5 tahun anak I berada di luar negeri. Belum sempat nak kumpul duit untuk jengok dia di negara kominis itu dia dah nak balik habis belajar. Rasanya baru bulan lepas keluarga hantar ke KLIA bertolak keluar negeri. Begitulah cepatnya masa berlalu, dan begitu cepatnya juga saya semakin tua................Tapi sebenarnya kami sekeluarga tidak merasa rindu kerana setiap tahun menjelang Julai-Ogos beliau akan balik bercuti ( 2 bulan) bersama keluarga di Malaysia.......Memang terubat juga rindu. Lagi pun dengan web dan internet messenger kita boleh buat video conferencing on line bila-bila masa kalau ada kelapangan. Mudah dan percuma macam kita berbual dari Seremban ke mana-mana pelusuk di Malaysia tanpa had. Boleh pulak nengok gambar dia menerusi webcam dengan jelas dan terkini macam dia betul-betul berada di hadapan kita.Itulah nikmat kecangihan media komunikasi dan internet hari ini. Siapa yang tidak mengikutinya, memamng terasa sangat rugi sekali........

Sehingga bulan Februsri akhir ini pun saya masih sibuk nampaknya. Aktiviti NGO semakin banyak: Mesyuarat, perjumpaan, menyedia laporan, membuat buletin, membuat lawatan dan banyak lagi. Untuk makluman semua saya terlibat secara aktif dalam pertubuhan berikut:
1. SU AJK Surau Al Mu`allimin Taman Guru, Senawang, Seremban.
2. SU UMNO Cawangan Tmn Guru Melayu, Seremban.
3. Pen.Bendahari/Urusetia Persatuan Sejarah Malaysia Caw.NS
4. Ketua Editor Buletin PSM CNS ( Jendela Warisan ) - Terbit 2x setahun.
5. Majlis Kebudayaan dan Kesenian N.Sembilan ( Mewakili PSM CNS)
6. Ahli Majlis Pelancongan N.Sembilan ( mewakili PSM CNS)
7. Penyelaras Penulisan Biografi Tokoh Sejarah NS ( Kump.2 )
8. AJK PBPPP DS ( Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Daerah Seremban )
9. Co-Editor Buletin PBPPP DS
10. Ahli Aktif Persatuan Warga Emas Klinik Kesihatan Ampangan Seremban.
.........dan beberapa lagi aktiviti kerja sosial yang tidak dapat dinyatakan secara terperinci di sini.

Dalam pada itu pinggang pun seringkali mengganggu pergerakan....sakitlah....begitu juga lutut...huh, sungguh sakit. Nasib baik juga jiran tetangga buat kerja kawin menggunakan khidmat catering, kalau tidak memang setiap munggu/bulan saya kena masak untuk kenduri kawin rakan-rakan. Semalan baru selesai kenduri kawin jiran sebelah - memang tidak boleh elak kerana saya jadi ` chief cook' kononnya. Sajalah tolong jiran tetangga.....tiada sebarang bayaran, free of charge.........Saya seronok untuk memasak sebenarnya....Kalau setakat dua ekor lembu dan dua atau tiga ribu tetamu jemputan tak ada masalah.....tanggung beres......Selalunya ok......Saya sendiri dah dua kali buat kenduri kawin, dan masak sendiri juga, tiada masalah. Penat memang penat, tetapi seronok dan puas hati.

Ada beberapa tugasan yang agak berat yang saya terpaksa kendalikan:

1. Penulisan biografi Tokoh NS Dato Hjh Siti Rahmah dan Dato Seri Utanma Dr Rais Yatim
2. Pembikinan CD digitised Jurnal Warisan Jld.1-26 yang tergendala akibat dari masalah teknikal buku Jld 26 yang telah rosak.
3. Penerbitan Sejarah Kg Tradisi yang juga menghadapi masalah teknikal dengan pehak penerbit.

Walaubagaimana pun, saya optimis ianya akan dapat saya selesaikan dengan baik.

OKlah, saya berhenti di sini dulu, dh rasa sakit pinggang nampaknya.

Wednesday, December 30, 2009

Pesara yang merana..................

Sudah lama saya tidak membuat coretan. Kali ini tergerak untuk membuat sedikit luahan hati, bukan kerana susah hati atau sebagainya tetapi disebabkan oleh kerana kekesalan hati ini terhadap para petugas yang berkaitan dengan organisani pencen dan wang simpanan di kwsp/epf. Kesahnya begini:

Saya sebenarnya telah pun hampir lima tahun bersara: mulai 20/04/05.Sebauik saya bersara saya telah dimaklumkan oleh KWSp untuk membuat tuntutan caruman yang telah saya carum di KWSP. Saya pun tidak tahu tetapi telah dimaklumkan dalam surat makluman itu sebanyak l/k 151,000.00 Petugas di kaunter KWSP di Jln Raja Laut sekadar menyatakan kepada saya `` Tuan Haji menjadi orang kaya pada hari ini.....'' itu je tanpa menyatakan sesuatu yang akhirnya menyakitkan hati saya setelah 5 tahun bersara. Wang sejumlah itu sebenarnya bukan sahaja caruman peribadi saya tetapi sebenarnya termasuk wang caruman/syer kerajaan yang perlu dipulangkan semula setelah kita pencen. Wang yang perlu kita ambil hanyalah wang caruman peribadi sahaja - wang caruman kerajaan dipulabgkan semula ke KWAP( Kumpulan wang amanah pencen). Satu minggu setelah saya membuat tuntutan dengan mengisi borang di Pejabat KWSP Jln Raja Laut saya mendapat cek berjumlah saperti di atas. Memang tersenyum lebar......dan terus dibank in dalam akaun saya. Nak kata enjoy selepas itu atau tidak taklah sampai enjoy sakan...cuma adalah berbelanja sedikit dengan menukar kereta baru dan beli sekeping tanah di kampung, itu pun kerana nak tolong adik yang sedang kesempitan wang untuk membeli rumah di JB. Semasa pencen memaqng saya dapat juga banyak wang kerana saya menabung dalam ASN dengan pinjaman bank yang hampir mencecah RM90,000.00 juga, LUTH, grituiti dan golden handshake pun ada juga.
Walaubagaimana pun setelah hampir 5 tahun bersara dengan keadaan kewangan yang agak selesa saya dikejutkan dengan makluman dari KWSP yang menyatakan saya berhutang dengan kerajaan sebanyak RM85,500.00 kerana semasa saya mengeluarkan wang caruman KWSP wang itu diberikan kepada saya yang sepatutnya ditolak dahulu dari jumlah RM151,000.00 yang saya perolehi. Saya faham duit itu bukan duit saya, say perlu memulangkan kepada kerajaan/KWAP. Tetapi saya berasa sangat kesal atas `kebodohan dan kecuaian'' para petugas di KWSP yang tidak menyatakan kepada saya bahawa sebahagian wang itu bukan hak saya. Sepatutnya mereka lebih arif: kita yang menerima ini manalah tahu itu semua, almaklumlah duit siapa yang tak hendak, tetapi kalau macam ini ` menganiaya orang namanya''Hai makan gaji buta betul...nanti marah pulak, tetapi lebih kurang macam itulah rupa para petugas di KWSP itu.
Seperkara lagi saya juga mungkin marah juga kepada Bahagian pencen di JPA yang sepatutnya menyemak akaun pegawai yang hendak pencen: sesiapa yang masih ada hutang dengan kerajaan wang pencen tidak boleh dikeluarkan/diberikan. Masaalahnya saya sudah dapat pencen hampir 5 tahun? Mana silapnya? Bagi saya Bahagian Pencen JPA pun sama-sama ``cuai'' dan lepas tangan. Bila saya tanya mengapa perkara ini berlaku? Dia kata salah KWSP, pada hal JPA pun berak merata-rata juga, tak mengaku!!!!... Sekarang siapa susah? Saya juga susah memikirkan camana nak pulangkan duit sebanyak itu. Kalau mula-mula pencen dulu duit itu masih ada, boleh juga pejam mata pulangkan semula selepuk sekali, tak apa, masih ada duit. Masa ini dah bersepah-sepah, bekasnya pun dah tak nampak?...... Habis camne? Inilah kerja para pegawai di sektor kerajaan atau pun swasta hari ini...kerja menyusahkan orang sahaja. Bila kita tanya, `` tersilap takkan tak boleh maaf.....'' itu je ke jawapannya? Orang bangang pun boleh jawab.......
Saya sedang menulis surat kepada pegawai-pegawai atasan di KWSP dan JPA, salinan kepada Biro Pengaduan Awam serta CUEPACS untuk makluman dan tindakan. Bukan saya tak mahu pulangkan....saya akan berusaha untuk memulangkan, tetapi hendaklah fare and square.....Bah Pencen JPA dan KWSP juga perlu bertanggungjawab atas kecuaian para pegawainya. Cara mana hukumannya? saya tidak tahu. Mungkin dengan menyedapkan hati saya dengan discount atau sebagainya...tetapi yang penting ada win win solution.... dan saya akan mengembalikan wang tersebut mengikut kemampuan saya.....Janganlah sampai ditahan pencen saya kerana saya masih hidup masih memerlukan makan minum dan pakai serta keperluan rumahtangga, ada tanggungjawab anak isteri dan ibu tua yang saya tanggung. DUa orang anak saya masih menuntut di varsiti, isteri saya memerlukan rawatan penyakit kansernya,ibu tua di kampong juga memerlukan perbelanjaan harian/bulanan disamping keperluan sosial seharian. Kos sara hidup juga semakin mencengkam.....Seandainya ditahan pencen saya....memang sangat zalim betul JPS Bahagian Pencen.....Tidak berhati perut dan Patut dipancong saja.............. Sekian dahulu, jumpa lagi.

Saturday, November 7, 2009

Lawatan PBPPPDS Ke Terengganu & Kelantan

Assalamualaikum w t w.

Sudah lama agak tidak membuat coretan iaitu semenjak Hari Raya Idilfitri yang lepas. Khalayak yang sudah bergelar WUE sebenarnya memerlukan lebih banyak rehat dan beridah secara berkala agar kesihatan sentiasa dalam keadaan sehat, ceria dan bertenaga. Jangan terperok sahaja di rumah selepas pencen...`` nanti cepat mati...'' kata Dr Fadilah Kamsah dalam ceramahnya.

Sehubungan dengan itu maka pada 3 - 5 November yang lepas seramai 38 ahli PBPPP Daerah Seremban telah mengadakan kunjungan santai ke pantai timur ( Terengganu & Kelantan ) untuk berlibur secara santai. Masing-masing dengan pasangan kecualinya beberapa rakan yang tidak membawa bersama pasangan oleh sebab-sebab tertentu atau pun memang dah bergelar ` ibu tunggal' atau ` bapa tunggal'. Walaubagaimana pun di saat-saat akhir salah seorang peserta iaitu Hajah Zaini Omar telah tidak dapat menyertai rombongan ini disebabkan beliau terlibat dengan kemalangan kecil semasa berjoging 2 hari sebelum itu dan dimasukkan ke ` Senawang Medical Specialist Centre' akibat pendarahan dan luka di kepala. Oleh itu hanya 37 orang sahaja yang ikut serta.

Kami bertolak dengan menaiki bas persiaran dari Taman Guru Melayu ( di hadapan surau Al Mu`allimin) seawal jam 5.30 pagi kerana pehak urusetia telah mengarahkan agar bas bertolak tepat jam 6.30 pagi. Kepada para peserta yang tinggal jauh saperti di Nilai dan Kuala Pilah sebaik-baiknya perlu bersolat Subuh di Taman Guru Melayu. Walaubagaimana pun, kita merancang, Allah s w t yang menentukannya. Bas hanya tiba pada jam 6.50 pagi dan kami bertolak pada jam 7.10 pagi. Pada peringkat awalnya bas akan pergi ke Terengganu melalui K.Pilah dan terus ke lebuhraya Keratong, tetapi dimaklumkan bahawa jalan tersebut masih ditutup akibat tanah runtuh di sebahagian jalan berhampiran Felda Chini. Oleh itu digunakan pilihan kedua ( Plan B) dengan pergi melalui Lebuhraya Seremban-KL dan Lebuhraya KL-Kuantan. Tetapi oleh kerana waktu bertolak sudah agak lewat, dan dijangkakan laluan LRR2 di lingkaran luar KL waktu itu sesak teruk, maka kami akhirnya memilih Plan C iaitu dengan melalui jalan Jelebu-Titi terus ke Karak dan menyambung perjalanan ke Lebuhraya KL-Kuantan.

Destinasi pertama kami di Terengganu ialah Tasek Kenyir. Oleh itu untuk untuk mempercepatkan perjalanan kami masuk ke Lebuhraya Jeranggau-Jabor ( laluan sebelah dalam ). Jam 1.00 tengahari kami berhenti rehat di R&R Al Muaktafi Billah untuk makan tengahari dan Solat Zohor-Asar jamak & kasar. Kami meneruskan perjalanan ke Tasik Kenyir dalam keadaan ceria dan excited untuk melihat Tasik Kenyir yang terkenal itu.

Kami tiba di jeti Tasik Kenyir pada jam 3.40 petang dan terus menaiki 5 buah boat laju ( 8 orang bagi setiap boat ). Pada masa itu hujan renyai-renyai sudah mulai turun. Walaubagaimana pun keadaan sekitar tasik masih lagi kelihatan cerah dan nyaman. Subhanallah..... memang menarik sekali pemandangan dilihat dari atas boat kearah daratan dan pulau-pulau yang berserakan di tasik tersebut. Tasik ini sememangnya sangat luas dengan dipenuhi oleh pulau yang menghijau dengan tumbuhan hutan dara. Semua pulau-pulau tersebut sebenarnya sebelum terbinanya tasik ini ialah kemuncak bukit dan gunung yang telah ditenggelami air setelah paras air naik akibat dari pembinaan empangan Kenyir. Boat kami terpaksa menyusuri laluan yang dalam kerana masih terdapat begitu banyak tunggul kayu dan puncak pokok yang mati tenggelam di dasar tasik. Seandainya boat dikemudi oleh orang yang tidak mahir dengan selok belok kedalaman air berkemungkinan kipas boat akan tersangkut kepada dahan pokok yang begitu banyak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Rombongan kami terus dibawa ke kawasan rekriaksi Air Terjun Lasir. Sedia di kawasan ini adalah sekumpulan lebih dari 40 orang para pelajar yang baru selesai mengambil peperiksaan PMR 2009 yang baru lepas. Para pelajar ini terdiri dari pelajar laki-laki dan perempuan dari SMK Marang, Terengganu dan ditaja oleh JPN Terengganu. Mereka mengadakan sessi perkhemahan di kawasan ini selama 3 hari 2 malam. Selain mengadakan sessi perkhemahan dan aktiviti lasak saperti jungle tracking mereka juga merasa tinggal di atas rumah rakit yang disewa khas. Memang dapat dilihat dengan jelas akan keseronokan mereka itu berkelah dan mandi-mandi sambil memancing serta melakukan aktiviti perkhemahan.

Kami juga yang terdiri dari WUE yang sudah lanjut usia tidak ketinggalan untuk menerokai sebahagian dari kawasan air terjun tersebut. Memanjat tangga dan menyelusuri tracking turun naik tangga yang disediakan, sejauh hampir 2 km pergi balik ( menggantikan joging waktu pagi ). Kepada sesiapa yang menghidap sakit lutut atau kaki memang tidak terdaya untuk turut serta....nongok jolah ateh boat....

Oklah mohon rehat dulu nanti sambung semula......ada hal.....